web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Motaz Azaiza Tersenarai Men Of The Year GQ Middle East

Gambar dan video dari kaca mata wartawan foto kelahiran Gaza ini membawa penderitaan rakyatnya ke mata dunia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 8:40AM

Motaz berjalan di atas runtuhan bangunan di Gaza

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya Motaz dan saya akan tunjukkan kepada anda kemusnahan besar-besaran yang berlaku di bandar raya Al Zahra di tengah-tengah semenanjung (Gaza)…

“Bayangkan berapa ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal? Fikirkan mengenainya, adakah Gaza mampu berdepan satu lagi NAKBA,”.

Itu adalah kata-kata seorang wartawan foto (photojournalist) bernama Motaz Azaiza, rakyat Palestin yang berasal dari Gaza.

Seperti berpuluh-puluh wartawan dan wartawan foto yang kini bertugas membuat liputan di Gaza, foto yang dihasilkan Motaz menceritakan jerih perih rakyat Palestin tatkala bedilan demi bedilan tentera Israel melanda semenanjung itu.

Setiap satu foto dan video yang dihasilkan menyentuh hati nurani sesiapa saja yang tidak putus-putus ‘meninjau’ keadaan di wilayah yang diserang untuk kesekian kalinya oleh tentera Zionis.

Dunia melihat kemusnahan dan penderitaan serta semangat dan kegetiran warga Palestin melalui kaca mata Motaz.

Tidak hairan lah beliau terpilih oleh majalah GQ Middle East sebagai 'Men of the Year' untuk 2023. 

GQ Middle East memaklumkan ketika sidang redaksinya menyediakan individu untuk senarai itu, ia memilih untuk mengetengahkan seseorang yang memberi impak dan perubahan sebenar serta bermakna, bukan saja di rantau itu.

Katanya, dalam pencarian itu, muncul nama Motaz, yang sejak akhir-akhir ini menjadi figura global, mencerminkan daya tahan serta menjelmakan harapan rakyat Gaza dan seluruh dunia.

“Hasil kerja beliau melambangkan kuasa aktivisme digital, dan kemanusiaannya adalah peringatan penting bahawa keberanian muncul dalam pelbagai bentuk. 

“Kadang-kadang kita memilihnya, pada masa lain ia memilih kita, dan dalam kes (Motaz) Azaiza, pilihan bukanlah satu pilihan,” menurut artikel berkenaan.

Malah, menurut GQ Middle East, pengikut Motaz di akaun Instagramnya juga melonjak sehingga angka juta (ketika ini beliau mempunyai 15.3 juta pengikut) berbanding ribuan sebelum ini. 

Artikel itu turut menghargai wartawan dan wartawan foto lain yang membawa kisah dan keperitan rakyat Palestin khususnya penduduk Gaza ke mata dunia termasuk Plestia Alaqad, Hind Khoudary, Wael Al-Dahdouh, Issam Abdallah dan Shireen Abu Akleh. – Getaran, 30 November 2023

Sumber Foto: Innstagram @motaz_azaiza dan GQ Middle East

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

SNCC Jawab Kritikan Netizen, ‘Misi Ke Gaza Akan Tetap Diteruskan’

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR: Daftar Pemilih Johor Cecah 2.7 Juta Menjelang PRN

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Semasa 8 jam yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

Semasa 9 jam yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad