web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Israel Masuk Hari Ke-47, Angka Korban Cecah 14,532 orang

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 11:59AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDARAYA GAZA - Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 14,532 orang.

Ini termasuk lebih 6,000 kanak-kanak dan 4,000 wanita, kata pejabat media di wilayah dikepung itu pada Rabu.

Angka kematian dalam kalangan kakitangan perubatan mencecah 205 orang, termasuk doktor, jururawat dan paramedik, menurut pejabat itu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

Sebanyak 25 anggota pasukan pertahanan awam dan 64 wartawan juga antara yang terbunuh.

Pejabat itu berkata, jumlah kecederaan pula mencecah lebih 35,000 orang dengan lebih 75 peratus daripada bilangan berkenaan adalah kanak-kanak dan wanita.

Menurut pejabat itu, sekurang-kurangnya 7,000 orang dilaporkan hilang di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, sama ada tertimbus di bawah runtuhan, jenazah mereka terbaring di jalan atau nasib mereka tidak diketahui. 

Kemusnahan Infrastruktur, Hartanah  

Jumlah bangunan kerajaan yang musnah mencecah 102, selain 266 sekolah dengan 67 daripadanya tidak lagi beroperasi.

Sebanyak 85 masjid musnah sepenuhnya, manakala 174 lagi mengalami kerosakan. Tiga gereja juga menjadi sasaran serangan.

Selain itu, sebanyak 45,000 rumah musnah sepenuhnya, manakala 233,000 lagi kediaman rosak sebahagiannya.

Sekurang-kurangnya 26 hospital dan 55 pusat kesihatan juga tidak beroperasi.

Tentera penceroboh juga menyasarkan 56 ambulans dengan banyak kenderaan itu tidak dapat digunakan kerana kekurangan bahan api.

Pasar dan kedai komersial juga mengalami kekurangan barangan keperluan dan pelbagai barangan makanan, manakala kedai roti menutup sepenuhnya operasi mereka.

Hampir 1.7 juta rakyat Palestin di Gaza hilang tempat tinggal akibat serangan Israel dengan hampir 770,000 orang mencari perlindungan di 99 kem UNRWA, menurut timbalan jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq.

Pembukaan Lintasan Kerem Shalom 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom di Israel dan bantuan kemanusiaan, malah kemasukan barangan komersial ke Gaza juga perlu diteruskan.

"Pada masa ini, kami terus menggunakan lintasan Rafah.

“Keupayaan lintasan Rafah untuk mengendalikan jumlah bantuan yang kami perlukan adalah terhad. Jadi itulah sebabnya kami terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom," kata Haq kepada wartawan.

Beliau berkata, PBB dan rakan kemanusiaannya bersedia untuk memanfaatkan peluang jeda kemanusiaan untuk meningkatkan operasi kemanusiaan.

“Penduduk Gaza tidak boleh bergantung kepada bantuan kemanusiaan semata-mata.

"Penghantaran barangan komersial perlu diteruskan semula, terutamanya melalui lintasan Kerem Shalom, yang mempunyai kapasiti untuk itu," katanya.

Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths pada minggu lalu berkata, lintasan Kerem Shalom digunakan untuk membawa lebih 60 peratus muatan trak yang menuju ke Gaza sebelum konflik.

Beliau berkata, antara 21 Oktober dan 21 November, sekurang-kurangnya 1,399 trak membawa bekalan kemanusiaan tidak termasuk bahan api telah memasuki Gaza melalui sempadan Mesir.

Jumlah itu agak rendah berbanding purata bulanan hampir 10,000 trak komoditi komersial dan kemanusiaan tidak termasuk bahan api memasuki Gaza sebelum 7 Oktober. - BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad