web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serang Wartawan Di Gaza Pencabulan Serius Kebebasan Bersuara - ActionAid

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 4:29PM

Serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengorbankan ribuan rakyat Palestin dan mencederakan puluhan ribu yang lain. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH - Insiden serangan terhadap wartawan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 18 wartawan Palestin terbunuh di Gaza, menggambarkan berlakunya pencabulan serius terhadap hak kebebasan bersuara. 

Menurut Pertubuhan bukan kerajaan ActionAid, insiden terbaharu membabitkan seorang wartawan foto maut selepas kediamannya dibom tentera Israel pada Ahad, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Wartawan Palestin mendokumentasikan insiden pengeboman di Gaza supaya dunia dapat menyaksikan kemusnahan yang berlaku…Dedikasi mereka telah memberikan gambaran terhadap krisis yang sedang berlaku,” menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

ActionAid berkata, wartawan Palestin tetap menjalankan tugas mereka walaupun berdepan ancaman dan kesulitan. 

“Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, wartawan perlu dilindungi sama seperti orang awam. ActionAid menyeru gencatan senjata segera untuk melindungi mereka (wartawan) dan orang awam di Gaza,” kata ActionAid.

Sementara itu, Penyelaras Advokasi dan Komunikasi di ActionAid Palestin, Riham Jafari, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan untuk menyiasat insiden serangan ke atas wartawan.

"Menyerang wartawan adalah satu pelanggaran terhadap hak untuk hidup dan kebebasan bersuara,” katanya. - BERNAMA-WAFA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

SNCC Jawab Kritikan Netizen, ‘Misi Ke Gaza Akan Tetap Diteruskan’

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad