web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dunia Perlu Pertingkat Usaha Untuk Bantu Gaza - Agensi PBB

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 8:29PM

Antara konvoi bantuan yang memasuki Gaza melalui sempadan Rafah. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH (Palestin) - Sebanyak lima agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa dunia melipatgandakan usaha untuk membantu Gaza berikutan krisis kemanusiaan yang membelenggu wilayah itu. 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP), UN Population Fund (UNFPA), Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Konvoi kemanusiaan memasuki Gaza pada Sabtu melalui sempadan Rafah - kali pertama sejak serangan Israel di wilayah itu bermula dua minggu lalu.

Sebanyak 20 trak membawa barangan bantuan kemanusiaan dari PBB dan Bulan Sabit Merah Mesir, termasuk makanan dalam tin, pasta, air minuman dan bekalan perubatan. Beratus-ratus lagi trak masih berada di sempadan.

Menurut agensi berkenaan penghantaran pertama meskipun terhad, namun serba sedikit dapat meringankan penderitaan, terutama wanita dan kanak-kanak yang terputus bekalan air, makanan, ubat, bahan api dan keperluan lain.

Agensi PBB itu menggesa gencatan senjata dan akses kemanusiaan tanpa had di seluruh Gaza bagi membolehkan petugas menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Aliran bantuan kemanusiaan harus berskala besar dan berterusan. Kami menyeru petugas kemanusiaan di Gaza dilindungi dan semua pihak menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata agensi itu. - BERNAMA-WAFA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

SNCC Jawab Kritikan Netizen, ‘Misi Ke Gaza Akan Tetap Diteruskan’

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar