web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Hospital Di Gaza Lumpuh

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 3:14PM

Mangsa cedera dalam insiden pengeboman di Hospital Al-Ahli di bawa ke Hospital Shifa, Gaza. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat hospital di wilayah itu yang dikepung, lumpuh ekoran menjadi sasaran langsung serangan udara Israel, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Empat hospital itu adalah Beit Hanoun, Al-Durra, Al-Karama dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun.

“Hospital itu menampung jumlah pesakit yang tinggi iaitu pada kadar 150 peratus, dengan ada dalam kalangan pesakit yang terpaksa tidur di atas lantai dan koridor.

“Tiada stok ubat, barangan perubatan dan bahan api di hospital,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian itu berkata, hospital tidak lagi mempunyai keupayaan perubatan dan bahan api, dan sebarang kelewatan dalam penghantaran bekalan perubatan ke hospital di Semenanjung Gaza akan menyebabkan lebih ramai pesakit yang cedera meninggal dunia.

Kementerian itu menggesa komuniti antarabangsa dan kumpulan kemanusiaan supaya menyegerakan kemasukan barangan perubatan kecemasan ke hospital di Semenanjung Gaza.

Ia juga menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya melindungi pasukan perubatan, hospital, ambulans dan tempat perlindungan penduduk yang dipaksa oleh penceroboh Israel meninggalkan rumah mereka, menurut Petra.

Lebih 3,785 warga Palestin terbunuh, manakala lebih 12,000 cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu. - BERNAMA-PETRA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad