web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jakarta Bakal Tambah Bas Elektrik Bagi Tangani Pencemaran Udara

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 4:18PM

Bas elektrik TransJakarta. gambar ANTARA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Jakarta bakal menambah bilangan bas elektrik secara berperingkat bagi mengurangkan pencemaran udara, selain terus menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, lapor Agensi Berita ANTARA.

"Rancangan untuk menggantikan bas konvensional dengan bas elektrik akan dilaksanakan bagi meminimumkan pencemaran udara," kata Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada masa ini, bas rapid transit TransJakarta sudah mengendalikan sekurang-kurangnya 52 bas elektrik.

Langkah lain yang turut dilaksanakan bagi menangani kesesakan lalu lintas, seperti melaraskan semula masa kitaran lampu isyarat untuk mengurangkan masa menunggu, menguruskan tempat letak kenderaan, serta mengutamakan pengguna pejalan kaki dan basikal.

Hartono berkata, pihaknya terus berkoordinasi dengan kerajaan pusat dan pihak berkepentingan berkaitan untuk mengintegrasikan mod pengangkutan awam di Jakarta bagi menggalakkan orang ramai beralih kepada pengangkutan awam.

Jakarta memperuntukkan subsidi bernilai Rp4.3 trilion (AS$273 juta) setahun untuk pengangkutan awam, sebanyak Rp3.5 trilion untuk TransJakarta dan Rp800 bilion bagi Mass Rapid Transit (MRT).

Hartono berkata, kemudahan pengangkutan awam menjadi keutamaan utama dalam membina sistem pengangkutan bersepadu, sehubungan itu Jakarta bersinergi dengan kerajaan pusat untuk memberikan subsidi. - BERNAMA-ANTARA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad