web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Thailand Derma Gaji, Elaun Kepada Badan Kebajikan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 8:10PM

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui pentadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Jurucakap kerajaan Chai Wacharonke berkata, Srettha yang juga Menteri Kewangan menerima sejumlah 125,590 baht (termasuk gaji 75,590 baht dan elaun jawatan 50,000 baht) sebulan.

"Perdana Menteri percaya mengenai kelebihan menderma... oleh itu, beliau bercadang untuk memulakannya sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Chai berkata, derma pertama akan disalurkan kepada Yayasan untuk Kanak-kanak.

Yayasan untuk Kanak-kanak adalah organisasi bukan untung yang berfungsi untuk melindungi hak, pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak, selain membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta gelandangan.

Chai berkata, kumpulan kerja akan dibentuk untuk memilih penerima.

"Perdana menteri akan bertemu wakil badan amal dan yayasan untuk mendengar keperluan, serta masalah mereka dan untuk mencari penyelesaian lanjut," katanya.

Sebelum menceburi arena politik awal tahun ini, Srettha, 61, pernah menjadi presiden dan ketua eksekutif syarikat hartanah utama, Thailand Sansiri Plc.

Bangkok Post melaporkan, Srettha sudah memindahkan 661,002,734 sahamnya dalam syarikat itu kepada anak perempuannya, Chananda Thavisin pada Mac tahun ini. Saham itu dilaporkan bernilai 1.24 bilion baht. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Srettha Thavisin Disingkir Daripada Jawatan PM Thailand

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Lawat Selatan Thailand Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bantu Hubungi Hamas Untuk Bebaskan Rakyat Thailand

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia, Thailand Tubuh Pasukan Petugas Untuk Tingkatkan Perdagangan, Pelaburan

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar