web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, Thailand Tubuh Pasukan Petugas Untuk Tingkatkan Perdagangan, Pelaburan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 7:07PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Srettha Thavisin pada sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Thailand itu ke Malaysia. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia dan Thailand sepakat untuk menubuhkan pasukan petugas bagi meningkatkan kerjasama dua hala berkaitan pertanian, pelancongan, keselamatan, perdagangan dan perniagaan, termasuk sektor halal, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, kedua-dua pemimpin memberikan tempoh sebulan untuk mengemukakan laporan mengenai keberhasilan penubuhan pasukan petugas itu.

"(Kami bersetuju) menubuhkan beberapa pasukan petugas dan kerja-kerja mengenainya mesti diselesaikan dalam masa sebulan.

“Tempoh sebulan untuk sektor pertanian, pelancongan dan keselamatan, perdagangan dan perniagaan, termasuk sektor halal. Semoga dapat meningkatkan perdagangan dan pelaburan, saling melengkapi sebagai jiran, serta mendapat manfaat yang besar daripada pengalaman kedua-dua negara.

"Semoga dalam sebulan, kita akan bertemu selepas laporan diserahkan kepada saya dan PM Srettha. Kita ada banyak mesyuarat pelbagai hala, satu daripadanya mesyuarat (yang akan datang) di Riyadh, Arab Saudi iaitu Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC) dan sidang kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun pada pertengahan Disember di Tokyo,” katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau dan Srettha akan mengadakan perbincangan mengenai laporan yang diterima untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan penubuhan pasukan petugas itu.

"Saya pasti, berdasarkan rekod prestasi beliau dan kesungguhan dalam membangunkan hubungan dari segi praktikal, beliau (Srettha) kemudian akan menyemak laporan pelaksanaan untuk memastikan kami melaksanakannya dengan berkesan," kata Anwar.

Pada mesyuarat dengan rakan sejawatannya itu, Anwar turut menyentuh mengenai rancangan Proton-Geely untuk menubuhkan sebuah kilang di Thailand dan percaya langkah itu akan memberi manfaat kepada syarikat berkenaan berikutan kemajuan dan pengalaman luas Thailand dalam industri automotif.

“Saya meminta mereka (Proton-Geely) berbincang dengan Srettha dan beliau mengambil pendekatan terbuka untuk menyokong,” kata Anwar.

Srettha dalam rangka lawatan sulung ke Malaysia selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri pada 5 September lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 6 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad