web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama OIC - ASEAN Perlu Diperkukuh Untuk Tangani Krisis Rohingya

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 8:18PM

OIC perlu mengukuhkan kerjasama dengan ASEAN bagi membendung krisis Rohingya - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK -- Malaysia menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengukuhkan kerjasama bersama ASEAN bagi membendung dan juga menyelesaikan krisis kemanusiaan di Rohingya.

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir ketika berkata demikia, turut menyeru agar keganasan dikurangkan dan dihentikan, terutama oleh pihak berkuasa tentera di Myanmar.

"Kedua-dua organisasi mesti menyelaraskan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi, termasuk di kawasan yang tidak dikawal oleh tentera," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada mesyuarat Kumpulan Hubungan OIC mengenai Muslim Rohingya Myanmar di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini hari ini.

Zambry berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke -78 sepanjang minggu ini.

Beliau menegaskan, ASEAN pada Julai telah mengambil sikap kolektif untuk mewujudkan penglibatan inklusif dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan di Myanmar.

Zambry Abd Kadir - gambar fail
Zambry Abd Kadir - gambar fail

Beliau berkata, terdapat empat tindakan yang perlu diambil pihak berkenaan, iaitu:

- Setiausaha Agung OIC harus bekerja secara berterusan bersama-sama dengan utusan khas ASEAN di Myanmar, utusan khas PBB dan pelapor khas PBB, untuk melibatkan diri dengan kerajaan Myanmar bagi menyelesaikan "krisis serius".

- Negara anggota mesti menekankan kepentingan penghantaran pulang yang selamat, sukarela dan bermaruah bagi orang Islam Rohingya yang dipindahkan.

- Negara anggota harus menyertai dan terus menderma bagi menyokong kes perundangan Gambia terhadap Myanmar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk memuktamadkan proses tersebut.

- Mereka harus menyeru agar kerajaan Myanmar melaksanakan keputusan dan resolusi yang dibuat oleh ICJ sebagai permulaan ke arah mencapai keamanan dan kestabilan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta menegaskan, setakat hari ini terdapat lebih 200,000 pelarian Myanmar di Malaysia.

Beliau melihat wujudnya kepentingan untuk melaksanakan "lima perkara konsensus" yang diuruskan oleh ASEAN, memandangkan konflik di Myanmar bukan sahaja menjejaskan rakyatnya sendiri tetapi juga memberi kesan kepada jiran seperti Malaysia.

Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta memberitahu, terdapat lebih 200,000 pelarian Myanmar di Malaysia - gambar fail
Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta memberitahu, terdapat lebih 200,000 pelarian Myanmar di Malaysia - gambar fail

Zambry memberitahu, hari ini juga menyatakan bahawa Taufan Mocha yang melanda Myanmar pada Mei hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan tersebut.

“Keadaan teruk umat Islam Rohingya masih belum pulih. Muslim Rohingya masih berdepan dengan pembunuhan sewenang-wenangnya, pelbagai bentuk keganasan seksual dan pengusiran dari rumah mereka,” kata Zambry lagi.

Sementara itu, 'acara peringkat tinggi' mengenai krisis Rohingya yang dianjurkan oleh Bangladesh akan diadakan esok dengan Malaysia sebagai penaja bersama.

“Susulan pertemuan kami di Nouakchott (di Mauritania) pada Mac 2023, kami sedar bahawa kes undang-undang Gambia di ICJ terhadap Myanmar memerlukan lebih banyak dana. Untuk tujuan ini, kami merayu kepada negara anggota untuk menyertai dan terus menderma untuk tujuan murni ini.”

Selain menyumbang kepada hospital dan kakitangan perubatan di kawasan pelarian Cox’s Bazar di Bangladesh, Zambry menambah, Malaysia telah menyumbang AS$100,000 (RM470,000) kepada Dana OIC untuk Rohingya pada 2020.

Negara itu juga telah melindungi beribu-ribu orang Rohingya sejak mereka melarikan diri dari penindasan di negeri Rakhine.

Pada masa ini, Malaysia adalah tuan rumah keempat terbesar Muslim Rohingya di dunia, katanya. - The Vibes, 20 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Tingkat Kerjasama  Global Holistik Berasas Kemanusiaan 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos Mula Keluar Cari Makan, 10 Berjaya Ditahan Semula - Ruslin

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran