web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Tekankan Keamanan, Kestabilan, Multilateralisme Pada Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-26

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 7:22PM

Pemimpin negara anggota ASEAN bergambar bersama pada Sidang Kemuncak ASEAN + 3 Ke-26 di Pusat Konvensyen Jakarta hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan penting untuk mengekalkan keamanan serta kestabilan di rantau ASEAN sambil mengukuhkan kerangka hubungan pelbagai hala antara ASEAN dan China. 

Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 di sini hari ini, beliau berkata kerjasama pada masa akan datang akan banyak bergantung kepada kepercayaan dan perbincangan pelbagai hala mengenai keselamatan dalam mempertahankan kepentingan kedua-dua pihak.  

“Saya ingin menyatakan bahawa kami begitu menghargai kehadiran anda dan semoga majlis ini akan mengukuhkan lagi hubungan antara China dan ASEAN,” katanya. 

Sidang Kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta dihadiri oleh pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

Anwar juga berkata beliau berpuas hati dengan komitmen China untuk menguatkuasakan satu masa hadapan bersama. 

“Dalam ASEAN, kami menganggap China sebagai satu jiran yang penting, seorang rakan utama dalam perdagangan, pelaburan dan susun atur keselamatan,” katanya.

Perdana Menteri juga menyatakan keyakinannya dalam kemajuan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (FTA) 3.0, satu inisiatif bagi mengukuhkan dengan lebih ketara integrasi ekonomi serantau.  

“Kami menantikan pengukuhan hubungan ini dan ia seharusnya bermula dengan ASEAN-China FTA 3.0. Saya tidak nampak banyak masalah kecuali untuk mempercepatkan proses itu,” katanya. 

Anwar juga menekankan kepentingan menjalin hubungan yang lebih kukuh dalam bidang pertanian, terutamanya dalam mengatasi kebimbangan mengenai isu keterjaminan makanan dan meningkatkan sumber manusia menerusi inovasi, teknologi dan pendidikan teknikal.

“Malaysia menyambut baik kemunculan 'ASEAN-China Year of People-to-People Exchange' pada 2024 untuk mengekalkan persahabatan berpanjangan dalam generasi akan datang,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 19 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad