web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taufan Idalia Landa Florida Paksa Penduduk Berpindah, Jadual Penerbangan Dibatalkan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 12:11PM

Peta yang dikeluarkan oleh Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat pada 29 Ogos lalu. gambar BERNAMA-XINHUA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Ribut Tropika Idalia bertambah kuat dan bertukar taufan Kategori 2 pada petang Selasa ketika menuju ke arah Pantai Teluk di negeri Florida Amerika Syarikat (AS) dan dengan jangkaan mendarat pada pagi Rabu, memaksa pengisytiharan kecemasan, pemindahan besar-besaran dan pembatalan penerbangan.

Taufan itu diramal menjadi 'taufan besar yang sangat berbahaya' dan melanda Pantai Teluk, menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS, lapor Xinhua.

Ia boleh meningkat sekurang-kurangnya kepada taufan Kategori 3, yang diklasifikasikan sebagai taufan besar yang membawa angin kencang dan potensi gelombang ribut setinggi 10 hingga 15 kaki.

Idalia meletakkan sebahagian besar daripada 21 juta penduduk Florida, serta mereka yang berada di bahagian selatan Georgia dan Carolina Selatan, di bawah amaran dan nasihat taufan, ribut tropika dan luruan ribut.

Gabenor Florida, Ron DeSantis pada Isnin mengisytiharkan darurat di 46 daerah dan diperluaskan kepada 49 daerah pada Selasa.

Menurut pegawai tempatan, lebih 5,500 tentera simpanan sudah digerakkan dan lebih 580 penyelamat ditempatkan sebagai persiapan menghadapi ribut.

Notis berpindah juga dikeluarkan di sekurang-kurangnya 22 daerah di negeri ini, kebanyakannya membabitkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan pantai.

Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper juga mengisytiharkan darurat pada Selasa.

Beratus-ratus penerbangan dibatalkan apabila dua lapangan terbang terbesar di wilayah itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa dan Lapangan Terbang Antarabangsa St. Pete-Clearwater, menggantung operasi pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 42 daerah sekolah juga mengumumkan penutupan dalam tempoh dua hari akan datang, bersama-sama 16 kolej negeri dan tujuh universiti.

Sementara itu, menurut kenyataan Tentera Udara AS, Pangkalan Tentera Udara MacDill di Teluk Tampa sudah bersedia untuk memindahkan beberapa pesawat dan memulakan pemindahan mandatori anggotanya yang tinggal di daerah tempatan. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar