web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Jangkitan COVID-19 Meningkat, Singapura Perketat SOP

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 4:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Singapura memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan COVID-19 di negara itu susulan peningkatan jumlah kes jangkitan harian.

Antara SOP yang dikeluarkan, perhimpunan sosial tidak dibenarkan melebihi dua orang, tidak dibenarkan makan di restoran, perintah kerja dari rumah, tetamu di rumah hanya dibenarkan dua orang pada satu-satu masa dan beberapa lagi.

Memetik laporan Berita Mediacorp Singapura, perintah itu dikuatkuasakan bermula 16 Mei sehingga 13 Jun.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menyifatkan perintah itu sebagai Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkatkan) bagi menggalakkan orang ramai duduk di rumah sekali gus membantu melandaikan lengkung jangkitan COVID-19.

Menteri Kesihatannya, Gan Kim Yong, berkata kerajaan perlu bertindak tegas bagi membendung penularan virus itu, justeru pihaknya memperketatkan lagi langkah pengurusan keselamatan dalam masyarakat.

Kegiatan lain yang tidak dibenarkan dalam tempoh ini termasuk kelas senaman berat atau sukan bagi individu atau kumpulan di tempat tertutup.

Khidmat peribadi yang memerlukan pelitup muka ditanggalkan seperti sauna dan perawatan kecantikan wajah, nyanyian dan permainan peralatan yang “memerlukan penghembusan angin” seperti peralatan bras, juga tidak dibenarkan namun khidmat perubatan dan pergigian masih boleh diteruskan.

Selain itu, majlis berskala besar yang sebelum ini merangkumi 100 ke 250 hadirin diperkecilkan kepada 50 ke 100 hadirin saja. - Getaran, 14 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar