web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesucian Tempat Ibadat Seperti Masjid Al Aqsa Wajib Dihormati - MFA Singapura

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 8:52PM

MFA memaklumkan bahawa Singapura menzahirkan "kebimbangan tentang peningkatan keganasan di Israel dan Wilayah Palestin" - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Semua pihak mesti menghormati kesucian tempat ibadat seperti Masjid Al Aqsa bagi membolehkan orang ramai beribadat dengan selamat dan aman khususnya pada bulan Ramadan yang mulia, menurut Kementerian Luar Singapura (MFA).

MFA memaklumkan bahawa Singapura menzahirkan "kebimbangan tentang peningkatan keganasan di Israel dan Wilayah Palestin."

“Kami mengutuk serangan roket ke atas Israel serta serangan berasingan di Tel Aviv dan Lembah Jordan yang mengorbankan nyawa orang awam.

“Kami juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera segera pulih,” kata jurucakap MFA dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan media mengenai situasi di Israel dan wilayah Palestin.

"Kami menggesa semua pihak untuk meredakan ketegangan demi mengelakkan korban nyawa seterusnya," kata jurucakap itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas akibat serangan itu setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 50 minit yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran