web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Perketat Syarat Kemasukan Ke Singapura Libatkan Thailand

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 8:31AM

Singapura perketat syarat kemasukan ke negara itu melibatkan beberapa negara seperti Thailand. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura akan terus memperketat syarat kemasukan ke republik itu dengan melibatkan beberapa negara seperti Thailand, demikian menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat, langkah itu susulan peningkatan risiko penularan komuniti di Thailand.

Kenyataan itu menyebut semua individu yang memasuki Singapura bermula 2 Mei pada 11.59 malam dengan sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari lepas ke Thailand akan diminta menjalani pengasingan selama 14 hari di bawah Notis Duduk di Rumah (SHN) di kemudahan yang ditetapkan.

“Mereka tidak lagi dibenarkan memilih untuk tidak pergi ke kemudahan itu meskipun sudah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian,” katanya.

Thailand mencatat 1,583 kes baharu COVID-19 dengan 15 kematian sepanjang tempoh 24 jam lepas dengan jumlah kematian dan pesakit kritikal sedang meningkat.

Republik itu turut mengenakan sekatan bagi perjalanan dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka susulan peningkatan mendadak yang dilaporkan di kesemua negara terbabit.

Mulai 1 Mei 2021 pada 23.59 malam, semua pelawat yang memegang pas jangka panjang dan pendek dengan sejarah perjalanan terbaharu termasuk transit di negara terbabit dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan memasuki atau transit melalui Singapura.

“Ini juga akan terpakai kepada semua individu yang telah memperoleh kelulusan untuk memasuki Singapura,” katanya.

Pada 22 April lepas, Singapura telah memperketat syarat kemasukan ke negara itu terhadap individu yang melakukan perjalanan dari India. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar