web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Keselamatan PBB Bidas Lawatan Pegawai Kanan Israel Ke Masjid Al-Aqsa

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 2:33PM

Pada Selasa, Ben-Gvir melawat kompleks Masjid Al-Aqsa meskipun sebelum ini diberi amaran bahawa tindakan itu akan mencetuskan kekacauan - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menyuarakan kebimbangan terhadap lawatan Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir ke Masjid Al-Aqsa di Baitumaqdis yang mencetuskan kritikan meluas.

Amerika Syarikat (AS), sekutu terdekat Israel turut menentang semua tindakan unilateral yang bertentangan status quo, lapor Agensi Anadolu.

''Kami ambil maklum gesaan Perdana Menteri (Benjamin) Netanyahu untuk mengekalkan status quo berhubung tempat suci. Kami menjangkakan kerajaan Israel akan menunaikan komitmen itu,” kata Timbalan Duta AS ke PBB Robert Wood pada sidang tergempar Majlis Keselamatan yang diadakan oleh Emiriah Arab Bersatu dan China.

Pada Selasa, Ben-Gvir melawat kompleks Masjid Al-Aqsa meskipun sebelum ini diberi amaran bahawa tindakan itu akan mencetuskan kekacauan.

Duta Rusia ke PBB Vassily Nebenzia berkata lawatan Ben-Gvir itu "mencetuskan kebimbangan serius'' dan melanggar status bersejarah Baitulmaqdis dan satu tindakan yang "tidak boleh diterima".

Utusan China ke PBB Zhang Jun pula berkata tindakan pegawai Israel itu mencetuskan 'keadaan rapuh dan teruk' di lapangan dan menggesa Israel menghentikan semua hasutan dan provokasi serta mengelak daripada sebarang tindakan unilateral.

Timbalan Duta  UAE ke PBB, Mohamed Abushahab mengutuk ''provokasi serius yang mengancam Masjid Al-Aqsa dan kunjungan ke masjid oleh seorang menteri Israel di bawah perlindungan tentera Israel."

Beliau berkata tindakan provokatif seperti itu menjejaskan lagi keadaan rapuh di wilayah Palestin yang diduduki dan merupakan perkembangan serius yang menjauhkan wilayah itu daripada landasan keamanan yang diinginkan.

Penolong Setiausaha Agung PBB Khaled Khiari berkata PBB terus berhubung rapat dengan pihak berkenaan dan sedang berusaha untuk meredakan keadaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad