web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Brazil: Ribuan Peminat Beri Penghormatan Terakhir Kepada Pele

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 1:53PM

Pele - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANTOS - Ribuan peminat berhimpun di bandar Santos, Brazil untuk memberikan penghormatan terakhir kepada legenda bola sepak Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser kolon.

Jasadnya ditempatkan di Stadium Urbano Caldira bagi membolehkan peminat memberi penghormatan terakhir. 

Antara yang hadir ialah presiden FIFA Gianni Infantino dan ketua konfederasi bola sepak CONMEBOL Amerika Selatan, Alejandro Dominguez, lapor Xinhua.

Infantino bercadang untuk mengesyorkan semua persekutuan bola sepak di seluruh dunia menamakan stadium sempena nama Pele yang pernah merangkul juara Piala Dunia FIFA sebanyak tiga kali (1958, 1962 dan 1970) bersama dengan pasukan Brazil. 

"Kami akan meminta semua persekutuan di seluruh dunia menamakan sebuah stadium sempena nama Pele. Saya fikir anak muda, generasi akan datang perlu mengenali dan mengingati siapa Pele dan kegembiraan yang dibawanya kepada dunia," kata Infantino .

Pele yang meninggal dunia Khamis lalu akan disemadikan di perkuburan persendirian di Santos, sebuah bandar pantai yang terletak 60 kilometer dari Sao Paulo.

Kerajaan Brazil bercadang menamakan semula pelabuhan terbesar di Brazil dan Amerika Latin, Pelabuhan Santos sempena nama legenda bola sepak itu, kata gabenor negeri Sao Paulo, Tarcisio de Freitas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Perancis Ikrar Kukuhkan Kerjasama 2 Negara

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar