web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krisis COVID-19 India Semakin Buruk, Hospital Kehabisan Oksigen

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 4:28PM

Polis menahan seorang lelaki yang melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka di India. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebahagian besar hospital di New Delhi dan beberapa bandar lain di India telah kehabisan katil hingga memaksa orang ramai mencari jalan untuk mendapatkan rawatan bagi pesakit yang berada di rumah.

Keadaan ini membuktikan kesukaran yang dialami oleh negara berkenaan yang kini mengalami kekurangan tangki oksigen dan berdepan harga ubat yang melambung tinggi di pasaran gelap.

Pada Isnin, ia merekodkan kes COVID-19 yang tinggi selama lima hari berturut-turut, dengan 352,991 kes baru dan 2,812 kematian dalam tempoh 24 jam.

Khamis lalu, kekurangan bekalan oksigen di hospital telah membawa kepada 50 kematian di dua hospital.

Di New Delhi sahaja, keperluan untuk oksigen setiap hari adalah 700 metrik tan namun ia menerima hanya 380 hingga memaksa hospital-hospital beroperasi dalam keadaan di bawah kapasiti.

Berikutan itu, beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan kelengkapan perubatan kepada India termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Arab Saudi.

Dalam pada itu, penduduk India telah menyelar kerajaan kerana mengarahkan platform Twitter untuk membuang ciapan yang kritikal terhadap cara pengendalian kerajaan dalam menangani COVID-19.

Jurucakap Twitter mengesahkan perkara itu dan memaklumkan ia telah menyekat bahan material daripada dibaca di India.

Twitter tidak menyatakan kandungan yang disekat itu namun media melaporkan ia termasuk ciapan daripada ahli politik yang menuduh Perdana Menteri Narendra Modi terlibat secara langsung dalam kematian pesakit COVID serta ciapan daripada seorang pelakon yang mengkritik Narendra.

Bagaimanapun pihak berkuasa memaklumkan tindakan itu diambil bagi mengelak kekeliruan dan panik di kalangan penduduk. - BBC

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad