web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelarian Rohingya Mendarat Di Indonesia Selepas Sebulan Terkandas Di Laut

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 7:14AM

Puluhan pelarian Rohingya dibenar mendarat di pantai Aceh selepas sebulan terkandas di laut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad selepas pertubuhan kemanusiaan menuntut agar mereka dibenarkan mendarat selepas terkandas di lautan selama sebulan, lapor dpa.

Agensi berita Antara melaporkan bahawa 57 lelaki Rohingya tiba di pesisir pantai Aceh dan sebahagian daripada mereka dilaporkan sakit.

 Bagaimanapun, tiada laporan mengenai pelarian wanita atau kanak-kanak.

Ketua polis tempatan Rolly Yuiza Away berkata pihak berkuasa masih belum memutuskan sebarang tindakan terhadap pelarian itu, lapor portal berita Detik.com.

UNHCR pada Jumaat mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan serantau menyelamatkan sekurang-kurangnya 190 pelarian Rohingya yang hanyut di antara Laut Andaman dan Teluk Benggala.

Mereka berada di dalam kapal dengan berbekalkan makanan dan air yang sangat sedikit dan 20 orang dilaporkan maut ketika dalam perjalanan, menurut UNHCR.

"Sangat menyedihkan apabila mengetahui bahawa ramai orang telah kehilangan nyawa mereka termasuk kanak-kanak.

“Tahun ini turut menyaksikan jumlah korban antara yang tertinggi di rantau ini,” kata Pengarah UNHCR untuk Asia dan Pasifik, Indrika Ratwatte dalam satu kenyataan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad