web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Pasukan WHO Lawat Makmal Di Wuhan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 5:30PM

Peter Daszak, bercakap dengan wartawan mengenai COVID-19, setelah sampai di Institut Virologi Wuhan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WUHAN – Sepasukan penyelidik dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melawat sebuah makmal yang didakwa menjadi sumber coronavirus di bandar Wuhan, China pada Rabu. 

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas Institut Virologi Wuhan, yang melakukan penyelidikan penyakit-penyakit paling berbahaya di dunia, akan menjadi salah satu lokasi singgahan pasukan WHO. Makmal ini akan diberi perhatian dalam siasatan untuk menyingkap asal usul pandemik Covid-19. 

Misi sensitif ini, yang telah ditangguhkan oleh kerajaan China selama setahun,  akan menyaksikan pasukan WHO menyiasat bagaimana virus itu beralih dari haiwan ke manusia. 

Menurut salah seorang pegawai pemeriksa WHO, Peter Daszak,  pasukannya menjangkakan pemerhatian yang positif dan berjalan lancar.

Saintis sebelum ini berpendapat COVID-19, yang dikesan di Wuhan dan telah membunuh lebih dua juta manusia di seluruh dunia adalah berasal dari kelawar dan disebarkan kepada manusia melalui mamalia lain. 

Tetapi setakat ini tidak ada jawapan pasti berhubung dakwaan itu namun terdapat spekulasi awal yang menyatakan bahawa virus itu dilepaskan secara tidak sengaja dari makmal di Wuhan.

Ahad lalu, pasukan WHO telah melawat pasar basah di Wuhan yang menjadi punca jangkitan pertama COVID-19, lebih setahun lalu.– AFP
 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad