web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penasihat Sahkan Trump Akan Umum Tanding Jawatan Presiden Pada Selasa

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 11:56AM

Trump “bersemangat” ingin menjadi Presiden AS semula dan mahu orang ramai mengetahuinya. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Bekas Presiden Donald Trump akan tetap mengumumkan kempen presiden 2024 pada Selasa, penasihat lama Jason Miller berkata dalam satu wawancara.

Pada Isnin, Trump berkata beliau mempunyai pengumuman besar untuk dibuat pada 15 November. Bagaimanapun, The Washington Post melaporkan sekutu lamanya menggesa Trump untuk menangguhkan langkah itu sehingga selepas pemilihan penentu senat Georgia pada Disember.

“Presiden Trump akan mengumumkan pada hari Selasa bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan presiden dan ia akan menjadi pengumuman yang sangat profesional, sangat kemas. Kami melakukan semakan pagi ini dengan pasukan logistik,” Sputnik memetik Miller sebagai berkata pada podcast Steve Bannon, War Room, pada Jumaat.

Miller juga berkata Trump “bersemangat” dan mahu orang ramai mengetahuinya.

Parti Republikan dijangka memenangi majoriti Dewan selepas pilihan raya separuh penggal minggu ini, namun merekod prestasi mengecewakan daripada jangkaan.

Calon yang disokong Trump mencatat keputusan bercampur-campur dengan bekas presiden itu sendiri mengakui keputusan penggal pertengahan itu “mengecewakan”.

Nasib Dewan Negara masih bergantung kepada tiga lagi pemilihan yang belum dilaksanakan. Jika kedua-dua pihak tidak memenangi kerusi kedua-dua Arizona dan Nevada, keputusan Senat akan ditentukan oleh pemilihan di Georgia pada 6 Disember. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Buka Ruang, Kaji Semula Perbincangan Hubungan 2 Hala - PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Sambutlah Trump Dengan Sederhana, Kenapa Perlu Berlebihan?’ - Dr MAZA

3

Rencana 8 bulan yang lalu

M’sia, Diplomasi Dan Kuasa; Jambatan Untuk Keamanan Sejagat

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 23 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar