web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Indonesia Mahu Projek Feri Roro Dumai-Melaka Diteruskan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 9:23PM

Presiden Joko Widodo menjelaskan projek tersebut akan meningkatkan kesalinghubungan koridor ekonomi di bawah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Kerajaan Indonesia menekankan keperluan untuk meneruskan projek perkhidmatan feri pengangkut kenderaan (RORO) yang menghubungkan Dumai di wilayah Riau dan Melaka, Malaysia. 

Presiden Joko Widodo menjelaskan projek tersebut akan meningkatkan kesalinghubungan koridor ekonomi di bawah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu ini selaras dengan keutamaan Indonesia untuk membina kesalinghubungan fizikal seperti pelabuhan, lapangan terbang dan jalan tol termasuk Trans-Sumatera yang merentasi Pulau Sumatera.

Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi mengumumkan perkara itu di luar Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan semasa Sidang Kemuncak IMT-GT ke-14 di Phnom Penh, Kemboja semalam.

Wilayah Riau dan kerajaan Melaka dilaporkan akan membuka semula perbincangan mengenai kesinambungan projek feri RORO Dumai-Malacca selepas terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19. 

Gabenor Riau, H. Syamsuar serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis mengadakan perbincangan itu pada Mei tahun ini.

Jokowi berkata usaha mempercepatkan kesalinghubungan fizikal akan membantu pertumbuhan serta visi ekonomi subrantau itu untuk menjadi subrantau bersepadu, inovatif, inklusif dan mampan menjelang 2036. 

Sektor pelancongan juga perlu dihidupkan semula melalui pemasaran digital, pembangunan pelancongan lestari dan pelancaran inisiatif Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025. 

Katanya lagi, walaupun pelancongan halal terus dibangunkan, subrantau perlu mengenal pasti peluang ekonomi hijau yang tepat bagi mencapai pembangunan tenaga lestari, seperti yang dinyatakan dalam Rangka Kerja Pembangunan Bandar Hijau 2019-2036. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Penggiat Industri Pelancongan Gesa Perkhidmatan Feri Di Langkawi Dipertingkatkan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jokowi Sahkan Peraturan 'Hak Penerbit' Untuk Sokong Kewartawanan Berkualiti

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Cermin Feri Pecah Dilanda Ombak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penang Port Tawar Khidmat Sewa Feri Bagi Jana Pendapatan Baharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad