web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jokowi Sahkan Peraturan 'Hak Penerbit' Untuk Sokong Kewartawanan Berkualiti

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 8:10AM

Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika berucap merasmikan Perayaan Peringatan Hari Pers Nasional 2024 di Ecovention Hall, Ancol, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Presiden Joko Widodo berkata, beliau telah menandatangani Peraturan Presiden (Perpres) - mengenai 'Publisher Rights' atau hak penerbit dengan menekankan tanggungjawab platform digital dalam menyokong kewartawanan berkualiti yang sangat ditunggu industri.

Publisher Rights atau Hak Penerbit memerlukan platform digital untuk membayar berita daripada media tempatan dan nasional, memastikan media menerima pampasan apabila kandungan mereka dikongsi dalam talian.

Berucap di sambutan Hari Pers (Media) Nasional, Jokow Widodo atau Jokowi berkata, pemerintah Indonesia memberi perhatian kepada kewartawanan berkualiti dan kemampanan industri media konvensionalinilah yang sangat ditunggu sejak sekian lama.

"Kami juga mahu memastikan kemampanan industri media nasional, kami mahu kerjasama yang lebih adil antara syarikat akhbar dan platform digital. Kami mahu menyediakan rangka kerja perundangan yang jelas," katanya.

Bagaimanapun, Jokowi menjelaskan langkah ini sama sekali tidak bertujuan untuk mengurangkan kebebasan akhbar memandangkan Hak Penerbit lahir daripada inisiatif pemain industri akhbar.

Justeru, peranan pemerintah adalah mengawal hubungan perniagaan antara syarikat akhbar dan platform digital dalam semangat meningkatkan kualiti kewartawanan, meskipun proses pengesahan mengambil masa agak lama kerana melibatkan kepentingan banyak pihak.

"Prosesnya memang sangat panjang dan banyak perbezaan pendapat dan ia amat memenatkan banyak pihak, amat sukar untuk mencari titik persamaan," kata Jokowi, sambil menambah 'content creator' tidak tertakluk kepada peraturan yang baru diumumkan.

Di tengah cabaran di era platfom digital saat ini, beliau berkata, pemerintah akan terus mencari solusi dan kebijakan afırmatif untuk perusahaan media dalam negeri dengan mengarkan Kementerian Komunikasi dan Informatika agar memprioritaskan belanja iklan pemerintah untuk perusahaan media.

Beliau turut berpesan supaya media harus tetap menjadi salah satu pilar penjaga demokrasi dan menyampaikan maklumat yang tepat serta melakukan inovasi agar adaptif dalam merespons perubahan zaman di tengah persaingan global. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Indonesia Jiran Penting Malaysia, Perlu Saling Melengkapi Dan Bekerjasama - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Duta Malaysia Syed Md Hasrin Serah Watikah Pelantikan Kepada Jokowi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Mesyuarat Anwar - Jokowi Bincang 5 Perkara, PM Ulangi Jemputan Untuk Lawat Malaysia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Joko Widodo Kecewa, FIFA Batalkan Penganjuran Piala Dunia B-20 Di Indonesia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar