web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Joko Widodo Kecewa, FIFA Batalkan Penganjuran Piala Dunia B-20 Di Indonesia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 9:12PM

Joko Widodo - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Presiden Joko Widodo menzahirkan rasa sedih atas keputusan Federasi Sepak Bola Antarabangsa (FIFA) membatalkan penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun 2023 di Indonesia.

Beliau berkata keputusan itu turut mengecewakan seluruh rakyatnya namun mahu mereka segera melupakannya dan tidak saling menunding jari menyalahkan sesiapa.

“Kita harus menghormati dan menerima keputusan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir juga digesa mengelakkan negaranya dikenakan tindakan tatatertib dan mencuba untuk menjadi hos bagi kejohanan FIFA yang lain.

FIFA pada Rabu menarik balik hak menganjur Piala Dunia Bawah 20 tahun daripada Indonesia selepas beberapa ahli politik negara itu membantah penyertaan pasukan Israel.

Menurut persekutuan itu, tindakan tatatertib terhadap PSSI mungkin diputuskan tidak lama lagi.

Indonesia dipilih sebagai penganjur pertandingan edisi 2023 pada Oktober 2019 sedangkan pasukan Israel melayakan diri ke kejohanan itu pada Julai 2022.

Kejohanan Piala Dunia B-20 dijadualkan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun membabitkan 24 negara dan berlangsung di enam lokasi iaitu Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jokowi Sahkan Peraturan 'Hak Penerbit' Untuk Sokong Kewartawanan Berkualiti

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Indonesia Jiran Penting Malaysia, Perlu Saling Melengkapi Dan Bekerjasama - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Duta Malaysia Syed Md Hasrin Serah Watikah Pelantikan Kepada Jokowi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mesyuarat Anwar - Jokowi Bincang 5 Perkara, PM Ulangi Jemputan Untuk Lawat Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar