web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mesyuarat Anwar - Jokowi Bincang 5 Perkara, PM Ulangi Jemputan Untuk Lawat Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 9:08PM

Anwar Ibrahim bersama Joko Widodo di Labuan Bajo hari ini - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lawatan rasmi, rundingan tahunan dan sempadan kedua negara adalah antara lima agenda yang diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat dua hala bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini.

Mesyuarat selama 30 minit tersebut diadakan di Labuan Bajo, Indonesia  sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 yang bermula secara rasmi esok.

Pada pertemuan di bandar Manggarai Barat, wilayah Nusa Tenggara Timur tersebut, Anwar sekali lagi mengulangi jemputan untuk Joko Widodo mengadakan lawatan rasmi ke negara ini pada Jun nanti.

Ia sebagai membalas lawatan rasmi dilakukan Anwar ke Indonesia pada 8 dan 9 Januari lalu.

Memetik laporan BERNAMA, tarikh dicadangkan untuk lawatan Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi itu adalah pada 19 dan 20 Jun, atau 22-23 Jun.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar mewakili kerajaan Malaysia juga menyatakan sokongan atas hasrat Indonesia menganjurkan mesyuarat Suruhanjaya Kerjasama Dua Hala Ke-17 (JCBC) dan Rundingan Tahunan Ke-14 (AC).

Kedua-dua mesyuarat berkenaan adalah acara khas yang disusun bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua negara.

Difahamkan, Malaysia juga sedang dalam proses melengkapkan segala prosedur domestik bagi membolehkan Perjanjian Melintasi Sempadan (BCA) dan Perjanjian Perdagangan Di Sempadan (BTA) ditandatangani Jokowi.

Anwar dilaporkan memberitahu, perjanjian BCA dan BTA itu dicadangkan untuk ditandatangani ketika lawatan Jokowi kelak, atau pada Rundingan Tahunan Ke-14.

Kedua-dua perjanjian itu telah dimuktamadkan dan sedia untuk ditandatangani.

Jokowi pada mesyuarat hari ini juga diberitahu, Malaysia sudah bersedia untuk memuktamadkan draf Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Kawasan Paling Selatan Selat Melaka dan Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Laut Sulawesi.

Ia meliputi isu full breadth of territorial sea di ‘40th Technical Meeting on Maritime Boundaries Delimitation’ yang dijangka diadakan tahun ini.

Malaysia juga dilaporkan sudah bersedia menandatangani kedua-dua memorandum persefahaman (MoU) Pulau Sebatik dan Sinapad-Sesai di Sektor Sabah-Kalimantan Utara setelah kerja pengukuran di lapangan dan dokumentasi selesai dilakukan.

Perdana Menteri turut dilaporkan memberi penekanan untuk kedua-dua negara mematuhi pelaksanaan MoU Garis Panduan Bersama.

MoU tersebut adalah kritikal demi menjaga keselamatan nelayan di kawasan yang masih menjadi pertikaian di Selat Melaka.

Ia adalah antara perincian dalam MOU In Respect of the Common Guidelines Concerning Treatment of Fisherman by Maritime Law Enforcement Agencies of Indonesia and Malaysia yang ditandatangani pada 27 Januari 2012. - Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran