web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kawalan Pengunjung Tidak Mencukupi Punca Tragedi Halloween - PM Korea Selatan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 9:15PM

Han Duck-soo berkata walaupun lebih ramai pegawai polis dikerahkan ke Itaewon pada malam kejadian, ia mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal orang ramai susulan tiadanya peraturan lengkap untuk tujuan itu - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Rempuhan orang ramai yang berlaku pada malam Sabtu di daerah Itaewon, Korea Selatan semasa perayaan Halloween sebahagiannya berpunca daripada pengurusan orang ramai yang lemah, menurut Perdana Menteri Han Duck-soo pada Selasa.

"Satu daripada punca utama (kejadian itu) adalah pengurusan orang ramai, dengan (Korea Selatan) kurang mendapat sokongan institusi dan tiada tindakan sistematik yang mencukupi," kata Han pada sidang akhbar bersama wartawan asing di Seoul, lapor Xinhua. 

Han berkata walaupun lebih ramai pegawai polis dikerahkan ke Itaewon, ia mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal orang ramai susulan tiadanya peraturan lengkap untuk tujuan itu.

Beliau berikrar untuk mempertingkat peraturan yang berkaitan bagi mengelak bencana seperti itu berulang, sambil menyatakan bahawa punca kejadian itu akan diketahui selepas polis menyelesaikan siasatan.

Sekurang-kurangnya 156 orang terbunuh dan 151 lagi cedera dalam insiden terburuk di negara itu sejak peristiwa feri karam pada April 2014 menyebabkan 304 terkorban, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada orang ramai yang masuk ke lorong berbukit yang sempit dan terjatuh di daerah hiburan malam yang popular di Seoul.

Kebanyakan mangsa berumur belasan tahun, 20-an dan 30-an apabila lebih 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk meraikan Halloween tanpa pelitup muka, acara terbesar di negara itu sejak penularan wabak COVID-19 pada 2020.

Kekurangan pegawai polis untuk mengawal orang ramai yang terperangkap dan terhimpit di jalan sesak dipercayai mencetuskan insiden terbabit.

Menurut polis 137 anggota digerakkan untuk acara Halloween pada Sabtu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar