web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angka Kematian Jambatan Runtuh Di India Meningkat Kepada 141

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 3:02PM

Operasi menyelamat runtuhan jambatan gantung di negeri Gujarat barat India diteruskan semalaman dan angka kematian mencecah 141 orang setakat pagi Isnin - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Angka kematian akibat runtuhan jambatan gantung di negeri Gujarat barat India meningkat kepada 141, menurut seorang pegawai.

Pegawai kanan bomba di daerah Morbi Devendrasinh Jadeja memberitahu agensi Anadolu operasi menyelamat diteruskan semalaman dan angka kematian mencecah 141 orang setakat pagi Isnin.

“Operasi menyelamat masih diteruskan,” katanya.

Pegawai itu berkata kejadian tersebut berlaku pada petang Ahad di daerah Morbi apabila sebuah jambatan era British runtuh hanya seminggu selepas pengubahsuaian.

Pada awal Isnin, Menteri Dalam Negeri Gujarat Harsh Sanghavi berkata setakat ini 132 orang meninggal dunia dan pasukan pegawai peringkat tinggi sedang menyiasat kejadian. 

Menurut penyiar tempatan NDTV, semasa runtuhan terdapat kira-kira 500 orang di atas jambatan itu.

Pentadbiran tempatan dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan negeri menyegerakan operasi menyelamat dengan bantuan tentera India.

Perdana Menteri Narendra Modi pada Ahad berkata beliau telah berhubung dengan ketua menteri Gujarat mengenai insiden itu.

"Beliau meminta pasukan bantuan digerakkan segera untuk operasi menyelamat. Beliau meminta agar keadaan itu dipantau dengan teliti dan berterusan, dan menghulurkan semua bantuan yang mungkin kepada mereka yang terjejas," lapor pejabat Modi di Twitter. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar