web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Rempuhan: Acara Halloween, Persembahan K-Pop Dibatalkan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 6:36PM

Sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh dalam kejadian rempuhan di Itaewon, Seoul, pada Sabtu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Kebanyakan perayaan Halloween, acara dan perarakan serta persembahan bintang K-pop dibatalkan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kerajaan dan penganjur pada Ahad, di saat negara berkabung atas kematian sekurang-kurangnya 153 orang dalam kejadian rempuhan pada Sabtu.

Lebih 103 yang lain turut cedera dalam kejadian yang berlaku di lereng bukit di Itaewon, Seoul susulan puluhan ribu orang mengunjungi kawasan itu sempena perayaan Halloween.

Kerajaan menetapkan tempoh berkabung bermula Ahad hingga Sabtu dan mengarahkan bendera di bangunan kerajaan dan pejabat awam dikibarkan separuh tiang.

Agensi superstar global BTS, Big Hit mengumumkan akan menangguhkan semua aktiviti yang dijadualkan untuk debut solo Jin "The Astronaut" dengan kumpulan rock British Coldplay.

Semua aktiviti yang dijadualkan untuk debut solo Jin "The Astronaut" dengan kumpulan rock British Coldplay akan ditangguhkan. - Gambar dari koreaboo.com
Semua aktiviti yang dijadualkan untuk debut solo Jin "The Astronaut" dengan kumpulan rock British Coldplay akan ditangguhkan. - Gambar dari koreaboo.com

SM Entertainment yang mengendalikan artis seperti Girls' Generation, EXO, Super Junior, NCT dan aespa turut mengumumkan acara Halloween yang dijadual pada hari itu dibatalkan.

Jenama fesyen mewah Gucci memaklumkan pihaknya akan membatalkan pertunjukan fesyen yang dijadual diadakan di Seoul pada Selasa.

Festival OneAsia Busan, dijadualkan pada Ahad depan di bandar selatan Busan juga dibatalkan.

Acara itu mengetengahkan beberapa bintang K-pop dan dijangka dihadiri 40,000 orang.

Taman hiburan bertemakan Lego Legoland yang terletak di Chuncheon, 75 kilometer timur Seoul, memaklumkan pihaknya membatalkan perayaan Halloweennya.

Kebanyakan pasar raya di seluruh negara turut membatalkan acara Halloween dan menanggalkan hiasan serta poster mempromosikan sambutan berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

2

TARA 3 tahun yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Tak Berkenan Konsert K-Pop? Semua Ada Pendapat Masing-Masing - Dolla

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Rempuhan Itaewon: 23 Pegawai Dirujuk Untuk Pendakwaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad