web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rempuhan Itaewon: 23 Pegawai Dirujuk Untuk Pendakwaan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 4:59PM

Tragedi rempuhan Itaewon membunuh 159 orang. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Polis Korea Selatan telah menyelesaikan siasatan yang mengambil masa berbulan-bulan pada Jumaat mengenai rempuhan orang ramai yang membawa maut di kejiranan Itaewon, ibu kota Seoul tahun lepas, dengan 23 pegawai kerajaan dirujuk kepada pihak pendakwaan atas kecuaian profesional yang membawa maut serta pertuduhan lain.

Pasukan penyiasat khas polis merumuskan rempuhan orang ramai itu merupakan bencana “buatan manusia” disebabkan kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil langkah pencegahan bencana dan bertindak balas segera terhadap situasi kecemasan, lapor Yonhap.

Rempuhan itu membunuh 159 orang, kebanyakannya wanita berumur 20-an, di lorong sempit dan bercerun pada 29 Oktober ketika orang ramai memenuhi laluan itu. Kira-kira 100,000 orang berkumpul di daerah hiburan malam itu untuk sambutan Halloween.

Pasukan penyiasat yang terdiri daripada 501 pegawai mula beroperasi pada 1 November dan menyiasat pejabat daerah dan polis, bomba dan agensi berkaitan lain di Yongsan, yang mentadbir Itaewon, untuk mengetahui punca tragedi maut itu.

Pasukan penyiasat merumuskan bahawa tiada tindakan menyelamat kecemasan atau kawalan bencana yang sewajarnya diambil oleh setiap agensi mengikut garis panduan yang berkaitan untuk situasi kecemasan, yang membawa kepada angka kematian yang tinggi.

Antara yang dirujuk kepada pihak pendakwaan dan ditahan ialah ketua pejabat daerah Yongsan Park Hee-young dan bekas ketua Balai Polis Yongsan Lee Im-jae, kedua-duanya atas tuduhan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian.

Empat lagi polis dan pegawai daerah Yongsan yang turut dirujuk kepada pihak pendakwaan dan ditahan termasuk bekas pegawai Agensi Polis Metropolitan Seoul (SMPA) yang didakwa memadam laporan dalaman yang memberi amaran tentang kesesakan Halloween dan kemungkinan kemalangan.

Ketua SMPA Kim Kwang-ho, dua lagi pegawai SMPA yang bertanggungjawab dalam pemantauan kecemasan, ketua Balai Bomba Yongsan Choi Seong-beom, ketua pusat kesihatan masyarakat Yongsan dan ketua Stesen Kereta Api Bawah Tanah Itaewon turut dirujuk kepada pihak pendakwaan atas kecuaian profesional yang membawa maut atau pertuduhan lain yang berkaitan.

Berikutan pemindahan kes itu, pendakwa raya dijangka menjalankan siasatan lanjut untuk memutuskan sama ada mereka akan dibicarakan.

Sementara itu, pasukan penyiasat polis memutuskan untuk tidak menahan mana-mana pegawai kementerian dalam negeri, kerajaan bandar Seoul atau agensi polis kebangsaan memandangkan mereka tidak bertanggungjawab untuk tugas kawalan orang ramai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar