Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Rasmi Pembukaan Stesen Janakuasa Battersea

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 12:30PM

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Stesen Janakuasa Battersea di Central London. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia iaitu Stesen Janakuasa Battersea di Central London, menjelang pelancarannya kepada umum Jumaat ini.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Zakri Jaafar.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di Stesen Janakuasa Battersea disambut oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Arifin Zakaria, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Datuk Zakri Jaafar; Menteri Pelaburan UK Dominic Johnson dan Menteri Dasar Perdagangan UK, Greg Hands.

Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan pembukaan Stesen Janakuasa Battersea dengan menghidupkan semula kuasa secara simbolik di Dewan Turbin A -- yang telah tidak aktif selama lebih 40 tahun dan kini akan menempatkan sebahagian daripada pusat beli-belah Stesen Janakuasa itu.

Baginda kemudiannya berkenan mencemar duli melancarkan plak memperingati lawatan -- peringatan kekal akan hubungan kukuh antara Malaysia dan United Kingdom.

Hampir empat dekad selepas penutupannya, mercu tanda tersenarai Gred II* yang telah dipulihkan itu akan dibuka kepada orang ramai pada Jumaat, 14 Okt.

Pernah menjadi stesen janakuasa arang batu satu ketika dulu, ia kini bersedia untuk menjadi salah satu destinasi beli-belah dan riadah yang paling menarik di London.

Di bawah jagaan pemegang sahamnya - Sime Darby Property, S P Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 2012, mercu tanda ikonik tersenarai Gred II* itu telah dipulihkan kembali kepada puncak kegemilangannya dahulu manakala ruang yang lebih luas telah berubah menjadi kawasan komuniti yang meriah dan rancak.

Pada 2019, syarikat pengurusan dana terkemuka Malaysia, PNB dan KWSP menjadi pemegang aset komersial jangka panjang bagi menjamin masa depan mercu tanda itu untuk generasi-generasi akan datang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Zakri Jaafar berkata pembukaan semula Stesen Janakuasa Battersea adalah bukti keupayaan Malaysia dalam melaksanakan projek pembangunan utama di UK.

“Saya yakin kita akan melihat lebih banyak usaha ini pada masa hadapan. Saya mengucapkan tahniah kepada PNB, Sime Darby Property, S P Setia dan KWSP atas segala usaha mereka dalam memulihkan dan membangunkan semula Stesen Janakuasa Battersea.

“Ini adalah pencapaian cemerlang dan mewakili hubungan dua hala, ekonomi dan pelaburan yang erat antara Malaysia dan UK,” katanya.

Pengerusi Battersea Project Holding Company dan Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Property Datuk Jagan Sabapathy pula berkata melalui kekuatan berterusan hubungan Malaysia-UK dan pengalaman luas para pemegang saham, konsortium itu telah berjaya menghidupkan semula ikon London.

“Bukan sahaja destinasi baharu dicipta daripada usaha menghidupkan semula stesen janakuasa yang tidak digunakan itu, malah komuniti yang berkembang maju telah pun wujud sejak pembukaan fasa pertama projek berkenaan, Circus West Village,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata transformasi yang dahulunya stesen janakuasa arang batu kepada destinasi kediaman, runcit dan percutian/riadah holistik yang juga mampu membekalkan tenaga mampan menandakan ia satu pencapaian penting dalam sejarah pembangunan hartanah London.

“Sebagai pelabur institusi jangka panjang, kami berharap untuk menyaksikan Stesen Janakuasa Battersea berkembang maju sebagai hab komuniti dan perniagaan yang mampan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Tinjau Daerah Mersing Dari Udara, Ingatkan Tanggungjawab Jaga Kebersihan

3

Semasa 6 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

4

Semasa 6 hari yang lalu

Pemimpin Jangan Ekstrim Berikan Pandangan - Agong

Sorotan

1

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

2

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

3

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

4

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

5

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

7

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

Semasa 1 hari yang lalu

Rumah Bekas Pemandu Isteri PM Rosak Ditimpa Pokok Sawit

Semasa 23 jam yang lalu

Tidak ‘Engage’ Suspek Kes Tembak KLIA Kerana Keselamatan Awam - KP Selangor

Semasa 22 jam yang lalu

6 Perayaan Disambut Minggu Ini Cerminkan Kepelbagaian Di Malaysia - Aaron