web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kawalan Lebih Ketat Ke Atas Senjata Api Dan Dadah - PM Thailand Prayuth

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 7:30AM

Prayuth Chan o-cha - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand akan mengenakan kawalan yang lebih ketat ke atas senjata api, termasuk mewajibkan pemiliknya menjalani penilaian psikologi, susulan insiden pembunuhan beramai-ramai di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Uthai Sawan, minggu lepas, dengan 36 terbunuh termasuk 24 kanak-kanak pra-sekolah.

Ini adalah antara langkah yang disenaraikan oleh Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai senjata api dan dadah pada Rabu, dalam usaha untuk mengetatkan kawalan pemilikan senjata api di negara itu.

Prayuth berkata pemegang lesen senjata api baharu atau sedia ada juga perlu mendapatkan rujukan perwatakan dan tingkah laku daripada majikan, pihak berkuasa serta pemimpin masyarakat.

"Kerajaan akan membatalkan lesen pemegang senjata api yang mengalami masalah kesihatan mental, yang boleh menimbulkan ancaman kepada masyarakat," katanya

Selain itu, Prayuth mahu pihak berkuasa membanteras perdagangan senjata api haram yang diperoleh secara dalam talian.

Sementara itu, Prayuth berkata pihak berkuasa akan meningkatkan ujian dadah dan memberi rawatan kepada penagih dadah.

Beliau meminta Kementerian Kesihatan Awam dan kerajaan tempatan mewujudkan lebih banyak pusat saringan bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan dadah di daerah dan mukim bagi menyediakan rawatan dan pemulihan yang diperlukan.

Beliau memberi amaran kepada penjawat awam yang terlibat dalam kesalahan dadah bahawa mereka akan menghadapi hukuman berat.

Kerajaan memperkenal langkah yang lebih tegas itu selepas seorang anggota polis yang dipecat, membunuh 36 orang - termasuk 24 kanak-kanak sebelum membunuh dirinya sendiri di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu, kira-kira 500 km timur laut Bangkok.

Bekas anggota polis berusia 34 tahun itu dipecat daripada pasukan itu kerana penyalahgunaan dadah awal tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad