web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 6.2 Juta Orang Bakal Hadapi Krisis Makanan Di Sri Lanka - Laporan PBB

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 8:30AM

Lebih 6.2 juta orang di Sri Lanka berdepan masalah kekurangan makanan. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Lebih 6.2 juta orang di Sri Lanka berdepan masalah kekurangan makanan, dan keadaan dijangka bertambah buruk melainkan masalah itu ditangani dengan bantuan sosial dan mekanisme sokongan sara hidup.

"Lebih 6.2 juta orang di Sri Lanka (28 peratus daripada penduduk) dianggarkan berdepan masalah kekurangan makanan manakala 66,000 orang lagi mengalami krisis makanan yang teruk," menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan Program Makanan Sedunia (WFP) pada Isnin dalam laporan yang dikeluarkan bersama.

Kenyataan itu turut mendedahkan bahawa isu keselamatan makanan di negara itu "mungkin terus merosot didorong oleh kekurangan barangan import, kenaikan harga barangan, masalah peluang pekerjaan dan hasil tanaman yang berkurangan, lapor Sputnik.

PBB menjangkakan keadaan di Sri Lanka mungkin bertambah buruk pada Oktober 2022 hingga Februari 2023.

Kerajaan dan rakan kongsi harus menyediakan sokongan kepada rakyat melalui program bantuan makanan dan program sara hidup, menurut laporan itu.

Sri Lanka berdepan krisis ekonomi paling teruk sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada British pada 1948.

Situasi itu berpunca daripada kekurangan mata wang asing dan jumlah ketibaan pelancong asing merosot akibat pandemik COVID-19.

Pandemik itu juga telah memberi kesan negatif terhadap kiriman wang daripada warga Sri Lanka yang bekerja di luar negara.

Negara itu turut berdepan isu kekurangan makanan dan keperluan asas yang teruk, termasuk bahan api dan gas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Sabah Perlu Pembenihan Awan Segera - Armizan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kekurangan Bekalan Gula Di Pantai Timur Bukan Satu Krisis - Salahuddin

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Angka Kematian Di Sudan Meningkat Kepada 83

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sindiket Penipuan Antarabangsa Tembusi Bank Tempatan, PM Perlu Lantik Kepimpinan Baharu BNM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad