web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekurangan Bekalan Gula Di Pantai Timur Bukan Satu Krisis - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 8:00PM

Salahuddin Ayub - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Masalah kekurangan bekalan gula yang berlaku di Kelantan dan Terengganu disebabkan oleh cuti panjang pekerja syarikat pengilang dan pusat pengedaran, bukannya satu krisis yang berpunca daripada kekurangan bahan makanan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata selepas penguatkuasaan operasi bersepadu Op Manis, isu berkenaan semakin pulih dan pemborong utama di kedua-dua negeri telah menerima bekalan daripada pengilang secara berperingkat untuk diedarkan kepada pemborong dan peruncit di seluruh kawasan.  

''Secara purata penggunaan gula untuk seminggu bagi negeri di Pantai Timur ialah 400 tan metrik untuk tempoh seminggu.

''Kita juga telah menambah bekalan gula sebanyak 36 peratus iaitu berjumlah 614.12 tan metrik bagi tempoh empat hari untuk menampung bekalan, jadi orang ramai jangan buat pembelian panik kerana bekalan mencukupi,'' katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Rahmah Aidilfitri anjuran Parti Amanah di Teluk Kumbar, di sini hari ini.

Salahuddin berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Op Manis bermula 3 hingga 6 Mei lepas bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan gula di Pantai Timur sejak musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Hasil daripada operasi berkenaan, pihaknya juga mendapati aduan yang diterima semakin berkurangan dan tiada kes diambil ke atas peniaga kerana tiada kesalahan sorok, enggan menjual barang kawalan atau lain-lain kesalahan ditemukan. 

''Sehingga 6 Mei lepas, sebanyak 132 pemeriksaan telah dilaksanakan di Kelantan dan 224 pemeriksaan telah dilaksanakan di negeri Terengganu,'' katanya.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata pihak kerajaan akan meneruskan Inisiatif Payung Rahmah dengan mengumumkan Skim Insurans Rahmah untuk kenderaan dan kediaman dalam tempoh dua minggu lagi.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti beberapa perkara termasuk premium yang akan ditawarkan kepada pengguna.

"Peringkat awal Skim Insurans Rahmah ini akan melibatkan perlindungan kepada kenderaan terpakai yang mempunyai kerosakan enjin atau gearbox serta perlindungan bagi kediaman yang sering dilanda bencana banjir," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Terengganu, Pahang, Johor Hingga Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu, Pahang Terus Meningkat Malam Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad