web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu, Pahang Terus Meningkat Malam Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 8:05AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk dengan pertambahan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berbanding pagi semalam.

Bagaimanapun di Negeri Sembilan, banjir telah pulih sepenuhnya dengan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Machang, Lenggeng, Nilai ditutup pada 12 tengah hari semalam.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 9,721 orang daripada 2,962 keluarga setakat jam 8 malam tadi, berbanding 1,991 orang daripada 561 keluarga yang direkodkan pagi semalam.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, sebanyak 65 PPS dibuka melibatkan enam jajahan di negeri itu iaitu Kuala Krai (20), Tanah Merah (19), Pasir Mas (17), Gua Musang (empat), Machang (tiga) dan Jeli (dua).

Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, paras air empat sungai utama di negeri itu iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Nal di Kuala Krai, Sungai Golok di Tanah Merah serta Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas berada pada tahap bahaya.

Banjir gelombang ketiga di TERENGGANU semakin memburuk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di enam daerah meningkat kepada 4,294 orang daripada 1,147 keluarga setakat jam 8 malam tadi, berbanding 2,281 orang daripada 661 keluarga pagi semalam.

Menurut Sekretariat JPBN Terengganu, Dungun menjadi daerah paling terjejas dengan 1,242 mangsa daripada 326 keluarga ditempatkan di 20 PPS, diikuti Besut melibatkan 1,077 mangsa (223 keluarga) berteduh di 12 PPS dan seramai 1,102 mangsa (349 keluarga) ditempatkan di 16 PPS di Hulu Terengganu.

Di Kemaman, 439 mangsa (131 keluarga) berada di enam PPS, di Setiu 422 mangsa (115 keluarga) berlindung di 14 PPS, manakala di Marang hanya 12 mangsa daripada tiga keluarga masih berada di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai.

Portal publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan paras air sungai di 15 stesen utama di negeri ini telah melepasi paras bahaya, manakala lima stesen melepasi tahap amaran setakat 9.30 malam ini.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir turut menunjukkan peningkatkan malam ini selepas 600 individu daripada 141 keluarga ditempatkan di 13 PPS berbanding 230 individu daripada 55 keluarga yang berada di lima PPS pagi semalam.

Menurut Sekretariat JPBN Pahang sebanyak sembilan PPS telah dibuka di Raub bagi menempatkan 426 orang daripada 106 keluarga, manakala seramai 174 mangsa daripada 35 keluarga berlindung di empat PPS yang beroperasi di Lipis. 

Selain itu, PPS SK Felda Kota Gelanggi 1 di Jerantut yang dibuka kelmarin bagi menempatkan 78 mangsa daripada 19 keluarga telah ditutup pada 11 pagi semalam. 

Sementara itu, menurut publicinfobanjir.water.gov.my paras air di Sungai Jelai di Bukit Betong, Lipis; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin sudah melepasi paras bahaya setakat 9.30 malam tadi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad