web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angka Kematian Di Sudan Meningkat Kepada 83

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 1:50PM

RSF menyasarkan beberapa bangunan di ibu pejabat tentera di ibu negara dan melakukan serangan menggunakan penembak tepat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KHARTOUM - Angka kematian akibat pertempuran berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan mencecah 83, manakala 1,126 lagi cedera, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.

WHO dalam satu kenyataan menggesa pihak yang terlibat supaya menghormati kesaksamaan dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menjamin akses tanpa had kepada kemudahan penjagaan kesihatan ke atas mereka yang cedera dalam konflik.

Dua ahli keluarga Menteri Galian Sudan Mohamed Bashir terbunuh apabila roket mengenai rumahnya di ibu negara Khartoum semasa pertempuran itu, lapor Agensi Anadolu.

Tiga lagi cedera, termasuk dua pengawal peribadi. Bashir bagaimapun terselamat.

Pada Sabtu, bangunan Kementerian Mineral turut menjadi sasaran.

Sementara itu, Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dalam satu kenyataan berkata, RSF menyasarkan beberapa bangunan di ibu pejabat tentera di ibu negara dan melakukan serangan dengan penembak tepat.

Sambil menggesa anggota RSF segera menyertai tentera untuk berkhidmat kepada negara, beliau berkata: “Kami tahu bahawa ahli RSF yang pernah berkhidmat kepada negara sebelum ini tidak akan menjadi alat untuk memenuhi matlamat dan agenda seseorang. Negara masih memerlukan sokongan anda.”

Keadaan itu akan diselesaikan tidak lama lagi, katanya.

Perselisihan antara tentera dan RSF mengenai pembaharuan keselamatan tentera, yang bermatlamat "menyerap sepenuhnya RSF ke dalam tentera," bertukar menjadi konflik panas dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pertikaian yang berkisar kepada cadangan peralihan kepada pemerintahan awam itu meletus pada Khamis apabila tentera mendakwa pergerakan RSF baru-baru ini dilakukan tanpa penyelarasan dan menyalahi undang-undang.

Sudan tidak mempunyai kerajaan sejak Oktober 2021 apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat, tindakan yang dikecam oleh kumpulan politik sebagai "rampasan kuasa".

Tempoh peralihan Sudan yang bermula pada Ogos 2019 dijadual berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024 - Bernama/Anadolu

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tehran, Khartoum Setuju Pulihkan Hubungan, Buka Semula Kedutaan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sabah Perlu Pembenihan Awan Segera - Armizan

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Angka Kematian Di Sudan Meningkat Kepada 850 Orang 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kekurangan Bekalan Gula Di Pantai Timur Bukan Satu Krisis - Salahuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad