web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abbas Seru Rakyat Palestin Dalam Tahanan Israel Dibebaskan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 2:54PM

Mahmoud Abbas - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH (Palestin) -  Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa agar semua tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel.

“Kita mesti meneruskan tuntutan untuk menangani isu pelarian Palestin dan pembebasan semua tahanan,” lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Abbas sebagai berkata ketika majlis perasmian dua projek amal di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Hampir 4,550 tahanan Palestin di penjara Israel, termasuk 175 kanak-kanak bawah umur dan 27 tahanan wanita, bersama-sama 670 yang lain ditahan di bawah pentadbiran Israel tanpa tuduhan atau sebarang perbicaraan.

Pada Sabtu, tahanan Palestin mengancam untuk melancarkan mogok lapar bagi membantah penderaan Israel.

Selama bertahun-tahun, tahanan Palestin telah menggunakan mogok lapar untuk menuntut persekitaran hidup yang lebih baik dan menamatkan hukuman penahanan selama-lamanya.

Abbas berikrar bahawa rakyat Palestin tidak akan meninggalkan wilayah yang diduduki mereka.

"Kami tidak akan meninggalkan negara walau apa pun syaratnya," katanya.

Pada 1993, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel menandatangani perjanjian Oslo, yang kononnya memberikan rakyat Palestin satu bentuk pemerintahan sivil, tetapi pelan damai itu gagal menyelesaikan pertikaian negara Palestin.

Rundingan damai antara Palestin dan Israel gagal pada April 2014 apabila Tel Aviv enggan menghentikan pembinaan penempatan dan membebaskan tahanan Palestin yang dipenjarakan sebelum 1993. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran