web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pilot ‘Tidak Sengaja’ Mendarat Di Lapangan Terbang Masih Dalam Pembinaan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 8:44AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUSAKA - Sebuah pesawat kargo Ethiopian Airlines yang terbang dari Addis Ababa ke Zambia secara tidak sengaja mendarat di lapangan terbang yang masih dalam pembinaan, kata seorang pegawai kerajaan dan syarikat penerbangan itu.

Pesawat tersebut mendarat di lapangan terbang yang belum siap dibina tersebut di utara wilayah Copperbelt, yang dijadualkan dibuka pertengahan 2020 tapi ditangguhkan kerana wabak coronavirus.

Kapal terbang tersebut sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Mwansa Kapwepwe 15 kilometer dari situ.

Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Misheck Lungu berkata yang juruterbang tersebut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Copperbelt yang bakal siap itu “secara tidak sengaja”.

“Bila berhubung dengan pengawal trafik udara semasa mahu mendarat mereka memberi tahu juruterbang tersebut yang ‘kami tidak nampak anda’,” kata Lungu kepada AFP.

“Jadi beliau menggunakan deria penglihatannya kerana beliau tiada bantuan pengawal trafik udara dan mendarat di lapangan terbang yang belum siap dibina itu.”

Lungu menambah yang tiada kerosakan berlaku dan penyiasat akan mengeluarkan laporan terperinci tentang kejadian tersebut.

Juruterbang tersebut kemudian menerbangkan pesawat kargo itu ke destinasi asalnya.

Ethiopian Airlines mengesahkan kejadian tersebut dan berkata yang butiran kejadian sedang disiasat dengan kerjasama dari pihak berkuasa Zambia. - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Enggan Pakai Tali Pinggang Keledar, Pendaratan Penerbangan Bali-Singapura Tertangguh

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Kronologi Insiden Pesawat Hawk TUDM Terhempas, Mendarat Cemas Sejak 1996

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar