web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Enggan Pakai Tali Pinggang Keledar, Pendaratan Penerbangan Bali-Singapura Tertangguh

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 1:55PM

Singapore Scoot mengesahkan berlaku satu insiden membabitkan penerbangan TR285 dari Bali ke Singapura pada Isnin (14 November) lalu - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapore Scoot mengesahkan berlaku satu insiden membabitkan penerbangan TR285 dari Bali ke Singapura pada Isnin (14 November) mengakibatkan pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu terpaksa mendarat menerusi percubaan kedua di Lapangan Terbang Changi.

“Disebabkan kelakuan tidak terkawal sekumpulan penumpang termasuk keengganan memasang tali pinggang keledar semasa mendarat, kapten kami mengambil langkah sewajarnya demi keselamatan penerbangan,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan sebagai respons terhadap video TikTok mengenai insiden itu.

Scoot memaklumkan penerbangan itu mendarat dengan selamat semasa percubaan kedua di Lapangan Terbang Changi dan penumpang yang terlibat diiring keluar dari pesawat oleh pihak berkuasa lapangan terbang bagi siasatan lanjut.

Menurut Unit Singapore Airlines: “kesejahteraan pelanggan dan kakitangan menjadi keutamaan dan pihaknya tidak membenarkan sebarang  tingkah laku yang boleh menjejaskan keselamatan penerbangan."

Scoot memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana penumpang yang mungkin membahayakan keselamatan pelanggan dan kakitangannya.

“Scoot dengan ikhlas memohon maaf atas gangguan dan kesulitan yang berlaku kepada pelanggan kami. Memandangkan siasatan masih dijalankan, kami menggalakkan orang ramai untuk mengelak membuat spekulasi,” menurut kenyataan itu.

Dalam video itu, satu pengumuman dipercayai dibuat oleh Kapten memaklumkan penumpang bahawa beliau memutuskan terpaksa melengahkah pendaratan dan akan membuat percubaan kali kedua untuk mendarat.

“Ini kerana saya dimaklumkan bahawa kita masih mempunyai penumpang yang gagal memakai tali pinggang keledar dengan selamat.

"Kami secara sah tidak boleh mendaratkan pesawat jika keadaan di kabin tidak selamat,” menurut pengumuman itu.

Menurut pengumuman itu lagi: "Kami kini terpaksa melakukan percubaan kali kedua untuk mendarat dan jika tidak berjaya atas sebab yang sama polis lapangan terbang akan mengambil tindakan yang perlu terhadap mereka yang terlibat." - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar