web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 75 Maut Dalam Bencana Banjir, Tanah Runtuh Di Indonesia

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 12:57PM

Hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan banjir di bandar Dili, Timor Timur. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 75 orang terbunuh manakala berpuluh yang lain hilang dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Timor Timur, Indonesia.

Banjir ini juga mengakibatkan beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan.

Hujan lebat juga menyebabkan air dari empangan melimpah hingga menenggelamkan rumah selain menyebabkan kebanyakan mangsa terperangkap.

"55 orang terbunuh namun angka ini akan berubah dengan 42 orang masih hilang,'' kata jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Raditya Jati kepada MetroTV.

Kebanyakan yang terbunuh adalah di ibu kota Dili.

Kebanyakan rumah, jambatan dan jalan raya dipenuhi dengan lumpur. Ini menyebabkan usaha penyelamat mencari mangsa yang terperangkap menjadi sukar.

"Lumpur dan cuaca melampau menjadi cabaran yang serius dan serpihan runtuhan turut menyukarkan kerja menyelamat.

"Keperluan sekarang adalah perubatan, makanan dan selimut,'' kata pasukan penyelamat.

Di Lembata, sebuah pulau yang terletak di antara Flores dan Timor, sebahagian daripada kampung di situ telah dihanyutkan ke lereng gunung oleh arus lumpur dan berakhir di tepi lautan.

Jalan juga terputus memaksa pegawai setempat mengerahkan jentera berat untuk membuka laluan. - AFP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad