web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Polis Maut, Kereta Rempuh Sekatan Di Bangunan Capitol

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 9:19AM

Kawalan keselamatan dipertingkatkan di kawasan sekitar bangunan Capitol selepas sebuah kereta merempuh sekatan pada Jumaat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Sebuah kereta telah merempuh sekatan di luar bangunan Capitol pada Jumaat, mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh dan mencederakan yang lain. Insiden ini mengakibatkan pemandu kenderaan itu ditembak mati.

Polis pada sidang media memaklumkan insiden berkenaan `tidak berkaitan dengan keganasan' namun akan meneruskan siasatan.

Serangan itu berlaku ketika kawalan keselamatan dipertingkatkan susulan rusuhan yang diadakan pada 6 Januari lalu di bangunan berkenaan bagi menghalang sesi Kongres yang diadakan untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Menurut polis, pemandu kereta terbabit merempuh dua anggota polis, hingga terkena sekatan dan kemudian berlari keluar dengan pisau di tangan ke arah anggota polis terbabit.

Ia mengakibatkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek dan dia disahkan meninggal dunia.

Dua anggota polis itu dibawa ke dua hospital berbeza dengan salah seorang meninggal dunia.

Insiden itu juga menyebabkan kakitangan bangunan Capitol tidak dibenarkan masuk atau keluar dari bangunan terbabit.

Sebaik sahaja kejadian itu dilaporkan, Biden telah meninggalkan White House menuju ke Kem David. - Kyodo News.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad