web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kiswah Kaabah Diganti Malam Ini, Pembuka Tirai Tahun Baru Islam 1444 Hijrah

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 4:02PM

Gambar Portal Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Makkah, Arab Saudi dijadual diganti pada hari ini (Jumaat), selepas solat Isyak waktu tempatan sebagai simbolik kepada pembuka tirai Tahun Baru Islam 1444 Hijrah pada Sabtu.

Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menerusi perkongsian di Twitter menyatakan kerja-kerja penggantian Kiswah akan dikendalikan oleh 166 kakitangan jabatan, sesuai dengan tradisi tahunan.

Agensi Berita Saudi (SPA) sebelum ini melaporkan Kiswah Kaabah akan diganti pada Sabtu (30 Julai), memetik kenyataan jabatan berkenaan pada 26 Julai.

Bagaimanapun, jabatan hari ini memaklumkan tiada anak bulan Muharram dicerap pada petang Khamis dan kiraan bulan Zulhijjah digenapkan 30 hari (30 Jun – 29 Julai) hari ini (Jumaat), sekaligus menjadikan 1 Muharram (Awal Muharram) ditetapkan pada Sabtu sebagai permulaan kalendar Islam di Arab Saudi.

Arab News dalam laporannya memetik Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais sebagai berkata sebanyak 200 pekerja mahir terbabit dalam pembuatan Kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz.

Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120kg benang emas dan 100kg benang perak.

Portal berbahasa Inggeris jabatan itu mengatakan, sejak beberapa dekad Kiswah diganti pada pagi 9 Zulhijjah, iaitu pada Hari Arafah selepas jemaah haji bertolak ke Arafah dan Masjidil Haram berada dalam keadaan tenang tanpa kesesakan manusia, memudahkan pihak berkuasa menjalankan upacara penggantian.

Perubahan masa upacara kali ini dilakukan sebagai sebahagian daripada perancangan jabatan untuk mengagihkan sambutan di Dua Masjid Suci dan juga sebagai simbolik untuk menyambut ketibaan jemaah Umrah dari dalam dan luar Saudi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen X: Kembara Ke Tanah Suci, Dulu Dan Kini

2

TARA 3 tahun yang lalu

Tahun Baru, Kabinet Dapur Baharu - Cadula Perkenal Banyak Model Baharu Yang Moden

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berpakaian Seksi Ketika Sambut Tahun Baharu, Netizen Tanya Adakah Ini Azam Baharu Riena Diana

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tahun Baharu, Stail Pun Baharu

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar