web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahun Baru, Kabinet Dapur Baharu - Cadula Perkenal Banyak Model Baharu Yang Moden

Kabinet dapur modular sesuai untuk rumah bandar kerana struktur yang fleksibel, keberkesanan kos dan pemasangan yang mudah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 12:00PM

Pebble Grey Shaker Door - Gambar Cadula

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahniah kepada anda yang baru sahaja mendapat kunci rumah baharu untuk 2023 ini. Pasti hati sedang berbunga-bunga untuk melakukan itu dan ini demi merealisasikan impian ‘rumahku, syurgaku’. Lebih baik buat ubahsuai sebelum pindah masuk, daripada melakukannya setelah rumah dipenuhi dengan pelbagai jenis perabot.

Bagi yang tidak berumah baharu pun, di awal tahun baru ini boleh juga mencantikkan rumah untuk menyuntik mood atau semangat berbeza. Jika bahagian dapur adalah keutamaan, bolehlah dapatkan jenama kabinet modular, Cadula yang terkenal dengan rekaan untuk ruang yang sempit. 

Baru-baru ini, Cadula mengeluarkan set kabinet dapur gaya shaker modular terbaharu yang direka dengan sempurna untuk ruang yang padat. 

Tersedia dalam tiga warna pastel yang lembut dan menenangkan, koleksi ini meraikan gabungan alam semula jadi dalam rumah bandar, menggabungkan bahan kayu bukan toksik dengan konsep modular yang membolehkan pemilik rumah memiliki fleksibiliti penuh untuk menyesuaikan ruang kediaman mereka dan menghidupkan rumah impian mereka.

Rumah yang lebih kecil menjadi kegemaran  golongan milenium dan Gen Z yang memilih untuk hidup berdikari di kawasan bandar.  Mereka memilih untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil, seperti unit studio, untuk menjalani kehidupan yang menjanjikan privasi.

Dengan peningkatan minat untuk rumah yang lebih kecil dan lebih mudah diurus, kabinet tetap tradisional (yang kebiasaannya bersaiz besar dan tidak praktikal) semakin ketinggalan zaman untuk rumah moden dengan keluasan ruang yang lebih kecil. 

Mengambil kira perkara ini, kabinet dapur modular Cadula direka khas untuk memenuhi jangkaan pemilik rumah muda. Ia moden, bergaya, ringkas dan yang paling penting mudah serta menjimatkan kos!

“Generasi penduduk bandar sekarang menginginkan ruang kecil yang mudah diurus dan selesa untuk didiami. Kami percaya bahawa ruang yang kecil turut berhak mendapat perhatian yang sewajarnya!”

“Melalui barisan kabinet modular mampu milik Cadula yang semakin berkembang, kami berharap dapat memberi pemilik rumah ini pengalaman interaktif yang menyeronokkan dan kebebasan kreatif untuk menghidupkan suasana kediaman mereka dengan ruang simpanan yang bukan sahaja bergaya dan moden, tetapi juga bersifat praktikal.

“Kami juga ingin mengurangkan manual arahan yang rumit dan menjadikannya mudah untuk dipasang,” ulas Pengasas Bersama Kabinet Cadula, Samantha Lau.

Mesra alam dan serba boleh: Memperkenalkan koleksi terbaru Cadula

Koleksi baharu Cadula terdiri daripada siri gaya pintu shaker yang pastinya membawa aura tenang semasa di dapur, dengan pilihan tiga warna pastel tona sejuk: Green Moss, Pebble Grey dan Blanche White. 

“Warna-warna neutral ini menjadikannya mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna dinding, menambahkan ciri serba boleh untuk idea reka bentuk dalaman.

Koleksi ini juga terdapat dalam dua pilihan reka bentuk. Yang pertama adalah konsep selesa dan kedesaan (rustic), menampilkan panel tengah rata gaya minimalis dengan bentuk segi empat sama di bahagian tepi dan pintu jenis shaker. Sementara itu, pilihan kedua ialah gabungan moden pintu shaker dan panel kaca yang lut sinar. 

Kedua-dua reka bentuk ini datang dengan pilihan laci yang dipasang di bahagian bawah kabinet. Semua pintu kabinet dilengkapi dengan tombol pintu logam bercirikan kedesaan yang memberikan cengkaman selesa.

Untuk mencapai kemasan sempurna bagi semua kabinet pintu shakernya, Cadula menggunakan papan kayu melamin khusus bersama-sama dengan teknologi ketepatan berpaten bagi membolehkan pembuatan yang lebih konsisten dengan menekankan kualiti kayu.

Sebagai jenama yang menekankan kehidupan yang lebih sihat, kabinet modular Cadula dihasilkan sepenuhnya daripada kayu khusus yang tidak toksik dan kandungan formaldehid yang rendah, satu bentuk alergen yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang dengan pendedahan dalam jangka panjang. 

Pemilihan kayu sebegini adalah untuk memastikan udara di rumah kekal bebas daripada toksin, sekaligus melambangkan etos jenama Cadula: mengharmonikan  rumah impian dengan persekitaran mesra alam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cadula, sila layari: https://mkacabinet.com/cadula/ - Getaran, 7 Januari 2023 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

07 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berpakaian Seksi Ketika Sambut Tahun Baharu, Netizen Tanya Adakah Ini Azam Baharu Riena Diana

2

TARA 3 tahun yang lalu

Tahun Baharu, Stail Pun Baharu

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Waspada Iklan Tawar Lesen Memandu Tanpa Perlu Ke Kelas, Ujian Memandu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengumpulan Ilmu Wajib Jadi Budaya Teroka Bina Otak Dan Watak - Fadhlina

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa