web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahun Baharu, Stail Pun Baharu

Ayuh teman-teman, sekiranya anda masih dengan imej lama, sudah tiba masanya untuk anda berubah kepada imej baharu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 2:07PM

Adakah anda mengikut trend semasa atau tidak pernah berubah sejak bertahun lalu? - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2022 bakal berlalu dan tahun baharu 2023 pula akan menjelma sedikit masa lagi. Pasti masing-masing sudah tidak sabar untuk meraikannya. Kali ini sambutan pasti berbeza selepas dua tahun tidak dapat bergerak bebas akibat pandemik COVID-19.

Seperti kita ingin meraikan tahun baharu, seiring dengan itu juga trend fesyen sentiasa berubah kepada suatu stail baharu. Apabila kita berbicara mengenai stail, penulis ingin tahu bagaimana stail atau imej anda sekarang? Adakah mengikut trend semasa atau tidak pernah berubah sejak bertahun lalu?

Ayuh teman-teman, sekiranya anda masih dengan imej lama, sudah tiba masanya untuk anda berubah kepada imej baharu. Mungkin tidak secara keseluruhan, tetapi anda boleh lakukan secara berperingkat. 

Panduan mudah berikut pasti membantu anda untuk mencuba stail baharu serta bereksperimen dengan fesyen. Aplikasikannya dan tampil dengan lebih yakin. Jangan tunggu lagi, mulakan sekarang. 

 

Jadilah seorang ‘Trendsetter’

Cuba fahami atau belajar tentang asas fesyen seperti padanan warna dan gaya yang sesuai dengan usia dan kegiatan yang anda lakukan - Gambar hiasan Pexels
Cuba fahami atau belajar tentang asas fesyen seperti padanan warna dan gaya yang sesuai dengan usia dan kegiatan yang anda lakukan - Gambar hiasan Pexels

Seorang trendsetter biasa terdiri daripada mereka yang bijak mengenal pasti dan mengadaptasi trend fesyen semasa. Seorang ‘trendsetter’ juga bijak mencipta atau menentukan sesuatu gaya sehingga menjadi inspirasi kepada orang lain. Anda juga boleh menjadi seorang ‘trendsetter’ cuma anda perlu peka dengan perubahan fesyen terkini.

Menjadi trendsetter tidaklah bermakna anda perlu berbelanja besar. Namun, cuba fahami atau belajar tentang asas fesyen seperti padanan warna dan gaya yang sesuai dengan usia dan kegiatan yang anda lakukan. 

Untuk tujuan ini, anda tidaklah harus membeli pakaian baharu,  yang harus anda lakukan hanyalah suai padan pakaian yang ada untuk tampil berbeza. Paling penting, jadilah diri anda sendiri. 

 

Buat research 

Ambil tahu tentang asas dan trend fesyen - Gambar hiasan
Ambil tahu tentang asas dan trend fesyen - Gambar hiasan

Lakukan sedikit penyelidikan mengenai dunia fesyen seperti membaca majalah-majalah fesyen antarabangsa. Jika anda lebih tahu mengenai trend fesyen Asia, luaskan pengetahuan dengan trend-trend fesyen di barat pula.

Buat catatan mengenai trend-trend yang dijangka akan menjadi ‘hot’. Layari laman web atau intai media sosial yang memaparkan trend terkini dan akan datang.

 

Bijak aplikasikannya

Gayakan pakaian sesuai dengan karakter anda - Gambar hiasan
Gayakan pakaian sesuai dengan karakter anda - Gambar hiasan

Anda perlu tahu bagaimana untuk mengaplikasikan trend fesyen mengikut gaya sendiri. Tetapi perlu diingat, jangan pula kamu jadi seperti ‘mannequin’. Kata kuncinya adalah gayakan pakaian yang memberi keselesaan kepada diri sendiri. Jangan buat berlebih-lebihan kerana akibatnya anda menjadi mangsa fesyen.

 

Pilih aksesori yang sesuai

Tak perlu berlebihan kala beraksesori - Gambar Hiasan Unsplash
Tak perlu berlebihan kala beraksesori - Gambar Hiasan Unsplash

Pakai atau padankan aksesori yang boleh menampilkan gaya yang ditampilkan. Ingat fungsi aksesori adalah untuk memperlihatkan karakter seseorang. Aksesori juga membantu membuat pakaian ringkas kelihatan lebih menarik. 

Jalan selamat, pilih aksesori yang boleh membuatkan anda ‘kelihatan’ di mata orang lain. Tetapi, jangan pula berlebih-lebihan kerana ia mungkin membuatkan anda menjadi bahan jenaka.  Less is more!

 

Fahami kitaran fesyen

Tidak perlu berbelanja besar untuk stail baharu - Gambar Hiasan Unsplash
Tidak perlu berbelanja besar untuk stail baharu - Gambar Hiasan Unsplash

Setiap gaya dan trend sentiasa berubah dan akan mengalami proses kitaran. Trend sekarang mungkin akan muncul lagi untuk beberapa tahun akan datang. Contohnya, kamu boleh menukar pakaian sekarang kepada yang baharu. 

Tetapi jangan sesekali dibuang begitu sahaja lebih-lebih lagi jika ia masih dalam keadaan yang baik. Simpan elok-elok di dalam almari kerana pasti akan berguna di kemudian hari. Paling tidak, boleh sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. 

 

Pakainya dengan yakin

Tampil dengan penuh keyakinan - Gambar Hiasan Unsplash
Tampil dengan penuh keyakinan - Gambar Hiasan Unsplash

Sekiranya anda tidak mempunyai keyakinan dan selesa dengan apa yang dipakai, tentu sekali anda tidak akan memperlihatkan tarikan ‘berbisa’ pada apa yang anda pakai.

Dalam usaha anda untuk menjadi perhatian dan mengekalkan kehebatan penampilan, anda sewajarnya mempunyai keyakinan diri. Tidak kira sama ada anda memakai material ‘mesti pakai’ atau sesuatu yang anda reka sendiri stailnya, sarungkan ia dengan rasa bangga dan bergaya. - Getaran, 1 Januari 2023

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh