web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Putih Jelaskan Dakwaan Biden Hidap Kanser

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 1:54PM

Joe Biden - Gambar dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Rumah Putih pada Rabu menjelaskan bahawa kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang beliau menghidap kanser sebenarnya merujuk kepada diagnosis kanser kulit yang dialaminya sebelum menjadi presiden dan sudah sembuh sepenuhnya.

Ketika berucap mengenai perubahan iklim di Massachusetts, Biden mengimbau saat membesar di kawasan perkilangan penapisan minyak di negeri kelahirannya di Delaware, sambil berkata syarikat minyat itu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang berleluasa di kawasan berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

"Ia menyebabkan saya dan ramai orang lain menghidap kanser, dan menjadi punca Delaware mempunyai kadar pesakit kanser tertinggi di negara ini," katanya sambil menekankan perlunya beralih kepada sumber yang lebih mesra alam berbanding bahan api fosil.

Jurucakap Rumah Putih Andrew Bates berkata presiden merujuk kepada kanser kulit non-melanoma yang dihidapi sebelum menjadi presiden.

Ringkasan laporan kesihatan Biden yang dikeluarkan pada November memaklumkan Biden menghidap "kanser kulit non-melanoma dan telah sembuh” serta biopsi tidak diperlukan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya: Biden Peroleh Cukup Perwakilan Untuk Jadi Calon Presiden Parti Demokrat

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Biden, Trump Muncul Pendahulu 'Super Tuesday', Hampiri Pertembungan Ulangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar