web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 5:07PM

Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Gen, Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim (kanan) bersama Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat, Manu Bhalla (tengah) ketika melawat sekitar kawasan pengoperasian Hospital Medan Tahap 3 pada Majlis Penutupan Eksesais Starlight 2023 dan Penyerahan Aset di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menerima sumbangan aset perubatan bernilai RM6 juta dikenali sebagai Forward Anesthesia Surgical Trauma (FAST) daripada Markas Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat (AS).

Penyerahan aset itu dilakukan Kuasa Usaha Kedutaan AS, Manu Bhalla kepada Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen, Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, dalam satu majlis yang diadakan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini.

Tengku Muhammad Fauzi berkata, aset FAST itu sebelum ini digunakan dalam pengoperasian Hospital Medan Malaysia semasa misi bantuan kemanusiaan di Turkiye, Februari lalu.

“Sebanyak 52 item yang terdapat dalam FAST ini adalah peralatan perubatan yang digunakan untuk menjalankan pembedahan pesakit yang memerlukan bius penuh dan bius separuh,” katanya pada sidang media di sini.

Sementara itu, Manu berkata, FAST membantu mengukuhkan hubungan antara orang awam dan tentera serta memberi peluang kepada kedua-dua negara bekerjasama dalam menangani krisis kemanusiaan di Malaysia dan seluruh dunia.

“Kedutaan Amerika Syarikat sangat menghargai hubungan kukuh kami dengan NADMA dan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang hanya mula diperkukuhkan sejak tercetusnya wabak COVID-19 pada 2020,” katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Manu berkata, AS dan Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dalam isu kesihatan awam, termasuk mengenal pasti kemunculan penyakit berjangkit dan ancaman menerusi tugas mereka di Sabah.

“Selain itu, di bawah program global USAID (Agensi Amerika Syarikat untuk Pembangunan Antarabangsa), kerajaan AS menyediakan AS$200 juta untuk penyelidikan di Borneo sejak lebih sedekad lalu bagi mengesan dan memahami lebih mendalam penyakit berjangkit yang muncul daripada asal zoonotik.

“Pada masa ini, Institut Kesihatan Negara membiayai Hab Penyakit Berjangkit Baru Muncul – Kerjasama Penyelidikan Asia Tenggara yang berfungsi sebagai sistem amaran awal untuk wabak,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 4 Negeri Turun Kepada 3,002 Orang Setakat 8 Malam - NADMA

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Situasi Banjir Di Segamat Tidak Berubah, 43 Mangsa Di PPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai NADMA, SMART Dihantar Ke Luar Negara Jalani Latihan Pengurusan Bencana 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad