web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ranil Wickremesinghe Dilantik Presiden Baharu Sri Lanka

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 5:45PM

Ranil Wickremesinghe - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Parlimen Sri Lanka pada Rabu memilih Ranil Wickremesinghe sebagai Presiden baharu negara itu menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke luar negara minggu lepas di tengah-tengah krisis politik dan ekonomi.

Wickremesinghe dicalonkan oleh parti  Sri Lanka Podujana Peramuna (SLPP) yang merupakan blok terbesar dalam Parlimen.

Beliau memperoleh 134 undi daripada 223 Ahli Parlimen, sekali gus menewaskan dua pesaingnya, Dullas Alahapperuma yang mendapat 82 undi manakala Anura Kumara Dissanayake dari parti sayap kiri Janatha Vimukthi Peramuna (JVP) hanya tiga undi.

Wickremesinghe, 73, Ahli Parlimen tunggal dari Parti Kebangsaan Bersatu (UNP), dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Gotabaya pada 13 Mei dan dicalonkan sebagai Pemangku Presiden ketika Gotabaya melarikan diri ke Maldives dengan menaiki pesawat tentera bersama isterinya sebelum ke Singapura.

Sri Lanka terpaksa mendapatkan bantuan antarabangsa bagi membina semula ekonominya.

Penunjuk perasaan mendakwa Dinasti Rajapaksa mengamalkan rasuah dan salah tadbir hingga menjadi punca krisis ekonomi di negara itu.

Mereka bertindak menyerbu istana presiden, pejabat perdana menteri dan kediaman peribadi Wickremesinghe di Colombo baru-baru ini.

Rakyat berdepan krisis makanan, keperluan harian dan bahan api yang teruk apabila keperluan itu tidak dapat diimport kerana kekurangan mata wang asing.

Wickremesinghe pada Isnin memaklumkan rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi memperoleh pinjaman “hampir dimuktamadkan, dan perbincangan dengan negara-negara penderma juga sedang berjalan”. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Lebih 6.2 Juta Orang Bakal Hadapi Krisis Makanan Di Sri Lanka - Laporan PBB

2

Semasa 3 tahun yang lalu

85 Rakyat Malaysia Di Sri Lanka Selamat - Saifuddin

3

Singapura 3 tahun yang lalu

Singapura Turut Nasihat Rakyatnya Tangguh Perjalanan Ke Sri Lanka

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad