web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Turut Nasihat Rakyatnya Tangguh Perjalanan Ke Sri Lanka

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 12:12PM

Seorang petugas keselamatan dan kereta terbakar di kediaman Perdana Menteri Sri Lanka. Negara itu telah terjerumus ke dalam krisis ekonomi terburuk sejak beberapa dekad lalu - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura, seperti Malaysia, turut mengeluarkan panduan perjalanan untuk rakyatnya yang berhasrat melakukan perjalanan ke Sri Lanka agar menangguhkan hasrat itu untuk sementara waktu, menurut Kementerian Luar (MFA).

“Rakyat Singapura yang berada di Sri Lanka dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri sendiri.

“Mereka dinasihati untuk mengelakkan diri daripada berada di kawasan tumpuan awam yang terdapat protes dan perhimpunan ramai,” menurut MFA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Ahad.

MFA memaklumkan mereka juga harus mengikuti perkembangan terkini dengan teliti dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

"Rakyat Singapura yang melancong atau yang kini berada di Sri Lanka juga dinasihatkan untuk membeli insurans perjalanan yang komprehensif dan memahami syarat dan terma perlindungan," menurut kenyataan itu.

Malaysia pada Ahad menasihatkan rakyatnya untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting  berikutan pergolakan di negara itu, akibat krisis kewangan yang meruncing.

Sri Lanka telah terjerumus ke dalam krisis ekonomi terburuk sejak beberapa dekad lalu dan 22 juta penduduknya berdepan kekurangan bahan api, ubat-ubatan dan sumber makanan.

Presiden Gotabaya Rajapaksa dan Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengumumkan peletakan jawatan masing-masing selepas penunjuk perasaan menyerbu kediaman presiden pada Sabtu dan bertindak membakar kediaman perdana menteri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad