web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


85 Rakyat Malaysia Di Sri Lanka Selamat - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 3:18PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seramai 85 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka dilaporkan selamat walaupun berlaku ketegangan di negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata kementeriannya bersedia untuk memindahkan rakyat Malaysia di situ jika keadaan bertambah buruk, dengan perkembangan semasa situasi di negara itu dipantau rapat buat masa ini.

“Kita menjangkakan keadaan di Sri Lanka akan kembali reda dalam beberapa hari ini setelah Presiden dan Perdana Menteri negara itu menyerahkan kuasa kepada Speaker Dewan.

“Buat masa ini, kita menasihatkan rakyat Malaysia di sana supaya tidak keluar rumah dan segera menghubungi pihak kedutaan Malaysia jika terdapat keperluan terutamanya dari segi bekalan makanan,” katanya.

Saifuddin berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Korban Aidiladha Parlimen Indera Mahkota di Masjid Sungai Karang Darat di sini hari ini, yang melibatkan agihan 43 ekor lembu kepada kawasan sekitar parlimen itu.

Selain itu, beliau juga meminta mereka yang gagal menghubungi saudara mara di Sri Lanka agar segera memaklumkan kedutaan Malaysia di Colombo supaya mereka dapat dikesan.

“Kita tidak menjangka sesuatu yang buruk berlaku terhadap mereka, cuma apa yang dibimbangi kemungkinan berlaku komunikasi terputus di sana,” katanya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan pergolakan di Sri Lanka berlaku akibat krisis kewangan paling teruk dengan negara itu gagal membayar balik hutang luar berjumlah US$51 bilion (RM226 bilion) dan kini mengadakan rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi mendapatkan bantuan.

Presiden Gotabaya Rajapaksa dan Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe telah mengumumkan peletakan jawatan mereka selepas penunjuk perasaan yang marah menyerbu kediaman presiden pada hari Sabtu dan membakar rumah perdana menteri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga