web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biden Sokong Penyelesaian 2 Negara, Umum Bantuan Kepada Palestin

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 8:55PM

Joe Biden - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyuarakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara bagi merungkai konflik Israel-Palestin dan berikrar memberikan bantuan US$300 juta kepada Palestin ketika singgah di Baitul Laham, Tebing Barat pada Jumaat.

“Sebagai Presiden AS, komitmen saya ke arah penyelesaian dua negara tidak pernah berubah,” lapor Xinhua yang memetik Biden pada sidang akhbar bersama bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Baitulaham.

“Matlamat pembentukan dua negara seakan terlalu jauh manakala penghinaan seperti sekatan pergerakan atau perjalanan atau rasa tertekan akibat bimbang terhadap keselamatan anak-anak adalah suatu yang amat mendesak,” katanya yang berada di Timur Tengah dalam rangka lawatan diplomatik.

Sebelum berlepas ke Arab Saudi pada sebelah petang, Biden turut mengunjungi Abbas di Istana Presiden Palestin di Baitul Laham.

Bagi menangani masalah di Baitulmaqdis, Biden berkata bandar itu menjadi tumpuan terhadap wawasan kebangsaan bagi kedua-dua entiti iaitu Israel dan Palestin dengan Jordan terus bertindak sebagai penjaga tempat suci berkenaan.

Pada sidang akbar itu, Biden turut berkata AS akan memberikan bantuan sebanyak US$200 juta bagi membiayai Agensi Bantuan bagi Pelarian Palestin (UNRWA) untuk melaksanakan misinya dirantau itu.

Ketika melawat sebuah hospital Palestin, beliau turut berjanji menyediakan US$100 juta untuk Rangkaian Hospital Baitulmaqdis Timur, termasuk enam institusi kesihatan serta khidmat kesihatan bagi penduduk Palestin di kota suci itu.

Sementara itu, Mahmoud Abbas menggesa Biden mewujudkan suasana politik bagi mencari keadilan dan keamanan berkekalan menyeluruh di rantau itu.

Sambil mengulangi beberapa ketetapan antarabangsa serta penyelesaian dua negara di sepanjang sempadan 1967 sebagai asas proses damai, Abbas menggesa Biden membantu mengukuhkan kembali tunggak berkenaan.

“Selepas 74 tahun pendudukan dan pengusiran Nakba, bukankah sudah tiba masa bagi penjajahan ini (Israel) dihentikan, bagi rakyat kami yang berpendirian teguh pula, sekali lagi, bagi mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan mereka.

“Sehubungan  itu, kami menegaskan bahawa kunci untuk keamaman dan keselamatan di rantau ini bermula dengan mengiktiraf Negara Palestin, membenarkan rakyat Palestin mendapatkan hak sah mereka sejajar dengan ketetapan antarabangsa.

“Kami sedang menunggu langkah yang akan diambil oleh Kerajaan AS bagi mengukuhkan hubungan dua hala dengan membuka semula konsulat AS di Baitulmaqdis Timur, mengeluarkan PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) daripada senarai kumpulan pengganas AS,” kata Abbas.

Sebelum Baitul Laham, Biden melawat Israel pada Rabu yang menjadi destinasi pertama rangka lawatannya ke Timur Tengah. Beribu-ribu penduduk Palestin mengadakan bantahan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza membantah lawatan Biden ke Israel dan wilayah Palestin serta dasarnya yang didakwa berat sebelah berhubung isu Israel-Palestin.

Sementara itu, Hamas, kumpulan yang memerintah Semenanjung Gaza, membidas lawatan Biden yang dianggap sebagai ‘tiada sebarang perkara baharu membabitkan Palestin selain cuba menyerlahkan sikap berat sebelahnya terhadap visi Israel.”

“Biden terus menjual ilusinya kepada khalayak menerusi beberapa terminologi yang hambar,” kata jurucakap Hamas, Hazem Qassem. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar