web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Baharu UK Bakal Diumum Pada September

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 2:06PM

Pengerusi Jawatankuasa 1922 Parti Konservatif, Graham Brady - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK) yang menggantikan Boris Johnson bakal diumum pada 5 Sept, kata pengerusi Jawatankuasa 1922 Parti Konservatif Graham Brady pada Isnin.

Brady berkata Jawatankuasa 1922, yang mengadakan pemilihan Tory memutuskan bahawa calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 20 Ahli Parlimen ketika pencalonan dibuka pada Selasa, lapor Xinhua.

Pusingan pertama pengundian dalam kalangan Ahli Parlimen Tory akan diadakan pada Rabu, sambil menambah calon perlu memperoleh 30 undi bagi melayakkan diri ke pusingan kedua yang akan berlangsung pada Khamis.

Hanya dua calon akan ke pusingan seterusnya sebelum persidangan Parlimen ditangguhkan pada 21 Julai, katanya.

Dua calon itu kemudiannya akan melalui undi pos dalam kalangan ahli Konservatif seramai kira-kira 200,000 orang dan pemenang akan menjadi pemimpin baharu Tory sekali gus dilantik sebagai perdana menteri baharu UK. 

"Kami perlu memastikan tempoh masa yang mencukupi sebelum keputusan diumumkan pada 5 September," tambahnya.

Setakat ini, 11 calon telah mencalonkan diri merebut jawatan pemimpin Parti Konservatif, termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa Penny Mordaunt, Setiausaha Luar Liz Truss, bekas Canselor Perbendaharaan Rishi Sunak, dan bekas Setiausaha Kesihatan Sajid Javid. 

Kebanyakan calon telah berikrar untuk mengurangkan cukai, susulan kos sara hidup yang semakin menghimpit.

Johnson terpaksa melepaskan jawatannya pada Khamis susulan perletakan jawatan menteri Kabinet dan pegawai kerajaan yang lain sebagai protes terhadap kepimpinannya. 

Beliau akan terus berkhidmat sebagai perdana menteri sementara sehingga pemimpin Tory baharu dipilih. 

Johnson, yang memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada 2019, hilang sokongan selepas terpalit dengan pelbagai skandal, termasuk Partygate dan skandal Pincher membabitkan salah laku seksual. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad