web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biden Pilih Muslim Pertama Jadi Calon Hakim Persekutuan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 12:47PM

Zahid Quraishi - Gambar dari Majlis Peguam New York

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mencalonkan beberapa wanita Afrika-Amerika dan Muslim pertama menjadi Hakim Persekutuan dalam usaha mendorong kepelbagaian latar belakang dalam sistem keadilan negara berkenaan.

Zahid Quraishi, 45, akan menjadi Muslim pertama berkhidmat sebagai hakim daerah persekutuan jika diluluskan oleh Senat. Beliau berketurunan Pakistan dan kini bertugas sebagai Majistret di New Jersey.

“Hakim Quraishi telah berkhidmat untuk negara ini dengan baik dalam pelbagai jawatan dan akan mencatat sejarah jika diluluskan sebagai Hakim Persekutuan dari latar belakang Muslim-Amerika pertama,” kata Senator New Jersey Cory Booker.

Calon utama Biden adalah Ketanji Brown Jackson, wanita Afrika-Amerika, yang akan dilantik ke Mahkamah Rayuan AS untuk Daerah Columbia, yang mengendalikan kes-kes besar.

Sekiranya disahkan oleh Senat, Jackson, 50, akan menggantikan Merrick Garland yang kini merupakan Peguam Negara dan berada dalam posisi yang baik untuk menjadi calon Mahkamah Agung sekiranya ada kekosongan.

Wanita Afrika-Amerika tidak pernah berkhidmat untuk Mahkamah Tinggi yang dianggotai oleh sembilan hakim tersebut.

“Ketanji Brown Jackson adalah antara hakim terbaik di negara ini. Bijak dan mempunyai nilai murni. Kemungkinan yang beliau akan dilantik ke mahkamah kedua tertinggi kita adalah tepat dan hebat,” kata bekas pemangku Peguam Negara di Jabatan Kehakiman, Neal Katyal.

Biden mencalonkan dua lagi wanita Afrika-Amerika untuk mengisi kekosongan Mahkamah Rayuan persekutuan.

Mereka yang dipilih untuk Mahkamah Daerah persekutuan, adalah dua lagi calon Afrika-Amerika (seorang daripadanya lelaki), dua Asia-Amerika, seorang berdarah Hispanic dan dua wanita berkulit putih.

Calon-calon ini “mewakili pelbagai latar belakang, pengalaman dan perspektif yang menjadikan negara kita kuat,” kata Biden dalam satu kenyataan.

Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai peringkat dari calon-calon yang pernah menjadi peguam awam kepada mereka yang memberi nasihat perundangan percuma kepada golongan yang tidak mampu tapi menghadapi tuduhan jenayah.

Di bawah perlembagaan AS, Presiden akan mencalonkan hakim-hakim untuk berkhidmat di Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan untuk seumur hidup. Senat akan mengundi untuk menentukan sama ada mereka akan diluluskan atau tidak.

Keadaan ini berbeza dengan mantan Presiden, Donald Trump yang berusaha selama empat tahun untuk mengisi kekosongan di Mahkamah Persekutuan dengan lelaki berkulit putih yang berfahaman konservatif.

Ini termasuk tiga Hakim Mahkamah Agung yang dicalonkan oleh Trump. - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar